Wednesday, September 2, 2009

Madrasah pertama sudahpun berlalu....



Madrasah ramadhan pertama sudahpn berlalu. Kini sudahpn masuk ke madrasah ramadhan yang kedua dan akan datang pula kepada kita madrasah yang ke tiga...

Adakah kita telah menghidupkan madrasah ramadhan yang pertama dengan sewajarnya??

INGAT2lah, Ramadhan hanyalah setahun sekali bg kita. Ramadhan adalah bulan ibadat bg kita untuk menyucikan diri dari dosa dan untuk menghampirkan kita kepada Pencipta.. Alangkah ruginya jikalau ramadhan yg kita lalui sekarang dipersia2kan. Yer laaa, ade sesetengahtu solat tarawehpn malas... dahtu plk slps bersahur tidur memanjang, kirenya dibulan pose tido jer kerjanya, pastu masuk waktu solat bangun solat, kemudian tido plk, pastu masuk waktu berbuka,dia pula yang paling laju sekali,.... Ermmm,

Apakah faedah yang kita perolehi dengan puasa kita???

Renugkanlah wahai sahabat2ku sekelian... Lagi satu dibulan lain boleh dikatakann kita kurang membaca al-quran. Adakah dibulan yang mulia ini kita sama sahaja?? Apakah perbezaan bulan2 selain ramadhan?? Marilah beramai2 kita menghidupkan tadarrus di bulan yg banyak kelebihan ini. Bulan yang mana juga diturunkan al-quran...



FIRMAN allah s.w.t didalam alqurannulkarim ;


شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى اللناس وبينات من الهدى والفرقان


MAKSUDNYA : Dibulan Ramadhan inilah diturunkan allah s.w.t akan al-quran untuk memberi petunjuk bagi sekelian manusia dan memberi keterangan daripada mendapat hidayah dan keterangan daripada benda hak dan batil…

Kita sedia maklum tentang hal demikian, tetapi mengapakah kita tidak merebut peluang ini?? Yaaa, selalunya,orang selalu berkata, kami tak nampakpn pahala.. Cuba fikir kenapa allah menjanjikan pahala?? Apakah pahala??? Pahala boleh dikatakan sebagai duit akhirat untuk kita membeli tiket untuk masuk ke syurga.. Terhasilnya pahala daripada apa yang kita lakukan iaitu apa yang disuruh allah dan apa yang dilarangnya.. Dari semua bentuk kebaikan x kiralah apa2 sekalipn… Apakah kita mahu pahala yang diberi oleh allah kepada kita, kita mahukan tukar kepada wang??? Adakah dengan sebab itu barulah masjid2 dan suraw2 dipenuhi orang setiap waktuu?? Hai sahabat2ku, xkan nak benda tu hanya di dunia sahajaa.. Fikir2kan lah tentang akhirat .. takkan diakhirat kosong sahaja disana.. ( telor ayam sahaja )

Memang tidak dinafikan pahala itu tidak nampak, itu ganjaran daripada allah. Adakah kita semua berfikir benda yang bergantung pada tubuh kita ( ROH ) … adakah kita nampak?? Kalau nampak bagaimanakah dia ?? Angin, adakah juga kita nampak ?? yang menyejukkan kita semasa kepanasan… Yang didunia pn dah x nampak, inikan pulak akhirat...bermacam2 lagi perumpamaan boleh difikirkan.. Gunalah ilmu,kepakaran dah fikiran yang allah anugerahkan kepada kita.. Perangilah hawa nafsu kita, janganlah melayan apa jua karenahnyaa.. Dibulan ini, syaitan dibelengu, mana mungkin dia mengganggu kita, itu adalah hawa nafsu kita yang dididik olehnya.. Oleh itu, perangilah hawa nafsu kita…


Sabda NABI MUHAMMAD s.a.w. :


إذا جاء رمضان فتحت أبواب السماء وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين


MAKSUDNYA : Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan akan kesemua pintu2 syurga , dan dikunci akan semua pintu2 neraka, dan diikat ( dibelengu ) kesemua syaitan2..



Oleh itu,marilah kita memenuhi rumah allah, x usah mengeluh dengan apa ibadat yang kita lakukan.. Tiada benda yang mudah untuk kita mendapat manfaat dan ganjaran darinya.. contohnya peperiksaan, walaupun ejaannya nampak semple jer, tp Faham2 jer laaa….. Semoga sama2 kita pertingkatkan mutu ibadah kita.. InsyaAllah .




p/s : kalau ade salah silap harap memberi teguran..Teguran amat penting untuk memperbaiki diri, insyaAllah same2 mendapat manfaat darinya...

0 comments:

Post a Comment