Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran..



Hari ini genap 17 Ramadhan 1430 hijrah yang mana hari yang sangat bersejarah bagi sekelian umat islam. Hari yang mana Al-quran diturunkan.. Yang dinamakan NUZUL QURAN.. Masihkah terbayang pada fikiran kita bagaimana Nabi besar Muhammad S.A.W menerima wahyu dari allah yang pertama?? Semasa umur baginda genap 40 tahun diberi amanah daripada Allah untuk menyampaikan al-quran untuk kita semua.. Baginda memikul amanah yang berat ini yang diberikan Allah kepadanya untuk menerangkan kepada sekelian manusia mengenai agama Islam itu sendiri.. Begitu getir sekali Nabi kita semasa menerima utusan Allah yang pertama... Dengan tabahnya beliau menerima amanah Allah S.W.T dengan redonya. Walaupun selepas menerimanya baginda demam dengan pikulan yang diterima... Dengan apa yang diamanahkan Allah kepada nabi, baginda terus menyampaikan dakwah kepada umatnya walaupun ditolak oleh sebahagian dan ada yang menerimanya.... Begitu tabah hati baginda menyampaikan dakwahnya. Ini kerana salah satu dari sifat ialah ( tabligh ) menyampaikan suruhan allah.


Berkata Ibnu Abbas R.A : Adalah pada permulaan nabi menerima wahyu, maka bahawasanya nabi mendengar suara dari malaikat dan nabi melihatnya.. Maka datang perasaan gementar kepada nabi.. Sesudah itu pulang nabi ke rumah isterinya ( Khadijah ) dan menyuruh Khadijah menyelimutnya.... ( زملوني زملوني )


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41. Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘ Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

p/s : Tarikh dgn hari tu ana kurang pasti betul atau tidak..nie pn bc dlm buku kecil2 je ari tu. Yang ana cari kat kitab2 xjmpe. klu de salah tu jgn gune ler. jadi, klu salah tu bg taw yer. jgn percaya n amik buat modal 100 peratus lak. Tp yang pasti nye al-quran mmg turun pada lailatulqadar...same2 kongsi klu taw. Takut2 disana terdapat khilaf ulama.. wallahuaklam


0 comments:

Post a Comment