Tuesday, September 29, 2009

IKHLASKAH KITA ???

Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, ikhlaskah kita dalam beramal dan berbakti ? Pernah ditanya kepada seorang yang soleh, “Apakah yang lebih berat dari jiwa ?” Ia menjawab, “Keikhlasan kerana jiwa tidak memiliki bahagian di dalamnya.


Firman Allah S.W.T :


“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

Surah Al Furqan :23

Diceritakan pada suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, apa itu ikhlas ? Kemudian Nabi pun diam sambil berfikir buat seketika. Kemudian Nabi pun bertanya kepada Jibril. Bila ditanya Jibril, “Apa itu ikhlas ?” Beliau pun tidak mampu menjawab. Kemudian Jibril terus tanya kepada Allah. Allah menjawab pertanyaan tersebut. Ikhlas itu adalah rahsia dari rahsia-rahsiaKu. Ia adalah antara Aku dengan hambaKu yang tidak Aku ciptakan kecuali kepada hambaKu yang aku cintai.


Keikhlasan mampu membersihkan hati dan mengarahkan kepada Kekasihnya.


Sabda Nabi :

“Ada tiga perkara yang kerananya dalam hati muslim tidak ada kedengkian. Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimpin dan sentiasa berada dalam jemaah kaum muslimin kerana sesungguhnya dakwah mereka itu meliputi mereka.”


Antara gambaran keikhlasan yang tidak murni oleh Imam Al Ghazali ialah :

  • Belajar ilmu supaya mudah mencari wang dan menjadi mulia di tengah keluarga
  • Sibuk mengajar dan berceramah supaya terbebas dari kesempitan akibat diam terus menerus dan memperoleh kelapangan melalui nikmat bercakap


Kembali kepada realiti kehidupan. Dalam hidup berpersatuan adakalanya kita merasa tertekan melakukan sesuatu amanah yang dipertanggungjawabk an. Mempersoalkan mengapa perlu melakukan sesuatu sedangkan ia merupakan satu kewajipan. Kembali kepada nawaitu utama kita. Hisab diri. Adakah kita melakukan sesuatu lantaran arahan atau lillahi Taala. Sekiranya ia dibuat kerana Allah hati akan merasa tenang dan tidak mengendahkan apa jua orang lain akan cakap. Contoh paling mudah yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian. Apabila kita membantu sahabat dan dia tidak mengucapkan terima kasih. Pasti terdetik di hati begini, “tak ucap terima kasih pun, lain kali tak perlu tolong lagi.” Jelas menunjukkan bantuan yang dihulurkan tidak ikhlas. Berkongsi satu cerita yang diperolehi dalam satu majlis ilmu. Sebelum masuk ke dalam kelas, seorang guru akan berhenti di muka pintu dengan niat ilmu yang diturunkan kepada pelajarnya adalah kerana Allah. Kesannya, pelajar mereka tidak lupa apa yang diajarkan oleh gurunya lantaran niat yang ikhlas. Sekalipun telah lama meninggalkan alam persekolahan.


Begitulah jua dalam menunaikan solat fardhu. Adakah kita mengerjakan solat disebabkan kewajipan sebagai seorang muslim atau kerana perasaan rindu yang mendalam akan Kekasih sejati? Anologinya cukup mudah. Seorang pelajar pergi ke kuliah kerana menunaikan kewajipan sebagai seorang pelajar dan bagi memenuhi kehadiran untuk membolehkannya masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar ini sekadar masuk dan mendengar kuliah sahaja. Berbeza jika seorang pelajar pergi ke kuliah dengan niat untuk menimba ilmu yang telah Allah kurniakan untuk pengajaran umatnya. Pelajar ini akan memberikan sepenuh perhatian dalam sesi kuliah tersebut. Begitulah juga dalam mengerjakan solat. Seandainya ia dilakukan kerana rindu padaNya pasti setiap tutur bacaan dalam solat akan direnungi maksudnya dan lebih khusyuk.


Apabila berbicara soal ikhlas ini juga, sebenarnya ia dapat mengelak dari perasaan hasad dengki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya pada nikmat Allah itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya : “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, “mereka ialah orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan Allah.” Perasaan ini lahir disebabkan rasa diri berada pada kedudukan tinggi dan mulia berbanding orang lain. Golongan ini juga akan merasa tercabar apabila orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada dirinya. Pada ketika inilah, ilmu dan takwa memainkan peranannya sebagai senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang memusnahkan kehidupan. Berbekalkan ilmu yang dimilikilah dapat memberi amaran akibat yang akan diterima dan mendorong manusia untuk berusaha mencapai darjah ketakwaan. Mengambil kisah pembunuhan Habil oleh Qabil lantaran perasaan dengki dan mengikut hawa nafsu yang melulu. Akhirnya Allah memusnahkan keturunannya di zajman Nabi Nuh. Sedarilah bahawa berhala diri itu lebih hebat penangannya. Berhala diri yang dimaksudkan adalah hawa nafsu.


Penutup bicara, perjuangan bukan mengukur kekuatan. Bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi mengembang Islam di muka bumi. Usah risau apa yang diberi ikhlas dari hati akan mereka rasai. Insafi diri. Renungi bersama mengapa kita di sini dan mengapa kita perlu lakukan semua ini. Inilah jalan yang telah kita pilih. Sesungguhnya hidup ini adalah pilihan. Terpulang pada diri untuk memilih jalan yang berliku dan penuh dengan onak duri atau sebaliknya. Masa yang ada sedetik cuma. Sebelum nafas terhenti, muhasabah diri. Moga kita tergolong dalam golongan yang diredhai.


Monday, September 28, 2009

ADAB BELAJAR






Dari Imam Al Ghazali


1 . Bersihkan hati dari sifat-sifat keji, maksiat, dan tercela...

2. menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap ilmu, kurangkan hubungan dengan urusan dunia, keluarga, dan kampung halaman.

3. Jangan sombong dengan ketinggian ilmu. Jangan menentang serta memperlekehkan guru.


4. Berpegang teguh dengan apa yang dipelajari tanpa dicampurkan dengan fahaman-fahaman lain.


5. Pelajar tidak boleh mempelajari sebahagian ilmu dan meninggalkan sebahagian yang lain.

6. Belajar secara berperingkat. Mempelajari ilmu yang lebih penting dan lebih bermanfaat daripada yang kurang penting.

7. Belajar ikut tertib dan urutan. Jangan mempelajari ilmu yang lain sebelum menguasai ilmu yang dipelajari.

8. Memilih ilmu yang lebih utama dari segala segi dan faedahnya.

9. Mengamalkan ilmu yang dipelajari kerana Allah S.W.T.

10. Ilmu yang dipelajari mestilah selari atau sejajar dengan matlamat hidup.

11. Tujuan belajar adalah untuk menghiasi batin kerohanian .

Sunday, September 27, 2009

RENUNGAN BERSAMA..

Kisah 2 Orang MALAIKAT



Rasulullah s.a.w. ada bersabda,

"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan kesalahan,apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Wallahu A'lam..

HIKMAT HARI RAYA :

SEBENARNYA setiap detik peristiwa pada kedua-dua hari raya tersebut adalah mengandungi hikmah dan makna atau merupakan gambaran simbolik kepada apa yang akan berlaku ke atas manusia selepas mati.

Inilah hikmah,selain hikmat-hikmat yang sering diperkatakan menegenai hal yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Mengikut hukama' / ulama' :

"Hari raya itu adalah untuk mengingatkan hamba Allah kepada hari akhirat (hari kiamat).Apa yang berlaku pada hari raya adalah tamsilan kepada detik-detik peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat ..."


Justeru,hukama' menganjurkan agar setiap peristiwa pada hari raya direnungi dan dibayangkan sebagai ibarat atau tamsilan kepada peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat kelak,

sebagaimana berikut:

1- Saat berlalunya bulan Ramadhan diibaratkan sebagai ketibaan saat kematian seseorang hamba Allah.

2- Bunyi mercun atau riang gembira hilai ketawa kanak-kanak pada hari raya diibaratkan sebagai bunyi tiupan sengkakala pada hari kebangkitan manusia dari kubur mereka.

3- Panggilan (tuntutan) sembahyang hari raya diibaratkan sebagai seruan Israfil pada Hari Kebangkitan di atas shakhrah (batu besar) di Baitul-MaQdis, "Hai segala tulang yang hancur! Hai segala kulit yang lebur! Hai segala bulu yang gugur.Telah diperkenankan kamu dibawa mengadap Allah".

4- Keluarnya muslimin dan muslimat beramai-ramai ke masjid atau ke padang untuk mengerjakan ibadah sembahyang sunat hari raya ditamsilkan dengan keluarnya (kebangkitan) manusia bertaburan dari kubur masing-masing pada hari kebangkitan (yaumul-ba'ts) lalu bergerak ke padang Mahsyar.

5- Pelbagai cara orang pergi ke masjid,ada berjalan kaki dan juga menaiki kenderaan.Keadaan yang berjalan kaki,ada yang perlahan,ada yang cepat atau terburu-buru.Dan yang berkenderaan pula dengan pelbagai jenis kenderaan,daripada basikal hingga kepada kereta mewah. Keadaan ini diibaratkan kepada pelbagai keadaan perjalanan manusia dari kubur mereka ke padang Mahsyar kelak.

6- Ketibaan jemaah di masjid atau di padang pula ditamsilkan dengan ketibaan seluruh manusia di padang Mahsyar.

7- Keadaan jemaah di masjid atau di padang dengan pelbagai pakaian, rupa paras, warna kulit dan keadaan tempat duduk mereka ditamsilkan sebagai keadaan yang akan dialami oleh manusia di padang Mahsyar nanti.

Antara mereka ada yang putih dan ada yang hitam muka mereka, ada yang duduk di bawah naungan 'Arasy,ada yang berpeluh berjemur panas.Ada juga mereka yang menduduki tempat teristimewa,iaitu

para anbia',aulia' dan syuhada'.

8- Berdiri (Qiam) para jemaah untuk sembahyang sunat hari raya pula ditamsilkan sebagai berdirinya seluruh manusia di padang Mahsyar menghormati Tuhan Rabbul-Jalil.

9- Segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang sunat hari raya itu adalah sebagai tamsilan atau menggambarkan peristiwa demi peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat.

10- Selepas sembahyang,apabila Imam bangun membaca khutbah,maka tamsilannya ialah,Jibrail bangun mengumumkan keputusan nasib manusia di akhirat,sama ada menerima kebahagiaan atau kecelakaan (ditempatkan di syurga atau di neraka).

Demikianlah,anjuran hukama' supaya apa yang berlaku pada hari raya itu direnungi dan dijadikan iktibar,dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang bakal terjadi pada hari kiamat.Dengan berbuat demikian,diharap akan timbul keinsafan dan ketaQwaan dalam diri.


Saturday, September 19, 2009

kata2 hikmah Saidina Ali K.W.H

Katanya..... :

إن لله عبادا يختصهم الله بالنعم لمنافع العباد فيفرهافي أيديهم . فإذا منعوها نزعها منهم ثم حولها إلى غيرهم

Maksudnya : Sesungguhnya bagi Allah S.W.T hamba2 yang di khususkan olehnya dengan nikmat yang banyak untuk dikongsi bersama Oleh hamba-hambanya yang lain . Maka nikmat tersebut kekal di sisi mereka.. Apabila mereka melarang hamba-hamba Allah S.W.T daripada menggunakannya, maka Allah S.W.T akan menarik balik nikmat tersebut daripada mereka..Seterusnya memberikannya pula kepada hamba-hambanya yang lain..

Katanya lagi :

إنما يحزن الحسدة أبدا لأنهم لا يحزنون لما نزل بهم من الشر بل ولما ينال الناس من الخير

Maksudnya : Orang-orang yang berhasad dengki akan berada di dalam kesedihanselama-lamanya kerana mereka tidak bersedih di atas kejahatan yang mereka lakukan, akan tetapi, mereka akan bersedih ketika mana mereka mengetahui manusia lain yang mendapat kebaikan..

Renung2kanlah kata-kata ini untuk kebaikan kita bersama... Jahuilah kita dengan sifat2 mazmumah... Didiklah diri kita dengan sifat mahmuddah.. Gunakanlah nikmat yang Allah dengan sempurna dan jauhilah daripada mengkhufuri Nkmat Allah S.W.T...


Tuesday, September 15, 2009

Memohon kemaafan dari semua.....

Nie laa posing kat raye ana yang nak hanta kat mesia,sedihnya,huhu

haaa,nie satu lg....cube teka ana nak bg kat sape??? hahaha
jangan sangka x elok lak, nie untuk Mak Ayah ana laaa......


Alhamdulillah....... Bersyukur kehadrat ilahi kerna memberi kesempatan kepada ana dapat menulis sedikit coretan yang x seberapa ini dan bersyukur kpdanya jua kerna memberi kpd ana dapat menikmati ramadhan al-mubarak ini dengan sempurnanya insyaallah dan bersyukur kerna kpdnya lagi kerna mengurniakan kpd ana umur yang panjang... Supaya dengan kurniaan yang diberi Allah s.w.t. dapat ana menggunakan apa yang diberinya dengan begitu teliti dan sempurna moga2 masa yang diberi nie x dibuang begitu sahaja...insyaAllah...

Firman Allah s.w.t :

والعصر # إن الإنسان لفي خسر # إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

Mahhumnya : Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian...
Kecuali orang2 yang beriman dan yang mengerjakan amalan2 soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran..

Kita selaku hambanya semestinya berwaspada dengan masa...Ini kerna Allah s.w.t bersumpah dengan masa..Gunalah masa kita dengan seelok2nya dan teratur moga2 kita tergolong dikalangan orang2 beriman, beramal soleh, berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran... Ayat di atas jikalau diperhatikan dengan fikrah amatlah berharga dan bernilai bagi diri kita semua... Jadi Fikir2kanlah dan ambillah istifadah dari surah tersebut...

Kita disini sudahpn berada di madrasah yang terakhir dan kini sudah tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita... Amatlah terharu bagi kita semua selaku hambanya... Dan kemudian dari itu pula, akan tiba pula hari yang dinanti2kan bagi kita semua iaitu Hari Raya Aidil Fitri... Hari yang mana disunatkan bagi kita semua bersuka ria, berpakaian berwarna warni, dan bermacam2 lagi....

Jadi,mungkin terlalu awal bagi insan ini untuk melafazkan kata2 kemaafan terhadap mak abah, adik beradik, teman taulan, sahabat handai, saudara mara, saudara seagama semuanya... Tetapi alangkah eloknya jikalau kata2 kemaafan ini dapat diungkapkan selalu kerana ana mengakui setiap manusia x dapat lari dari apa jua kesalahan setiap hari sama ada kesalahan pada Allah s.w.t. ataupun sesama makhluk... Semuanya ada salah silap, x kira lah diri itu siapapn... Ini kerana kita bukannya Maksum, ia adalah kelebihan yang Allah berikan kepada junjungan besar nabi kita... Allah teramat suka bagi mereka yang tidak putus2 ( x putus asa ) meminta keampunan ( taubat ) tambahan pula orang2 muda....

Ana disini memohon seribu ampun kemaafan keatas kalian semua dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki ini diatas apa jua kesalahan yang ana lakukan daripada tutur kata, guraw senda, apa yang terasa dihati dan apa2 yang ana taip takut2 mengguris hati kalian semua... Mana tahukn, kita nie rambut tu nampak je same,tapi hati mana kita taw kn... Ana harapkan kalian semua dapat memaafkan diri yang kerdil ini dengan apa jua kesalahan..Sebaik2 manusia adalah sllu memaafkan apa saja perbuatan sahabatnya yang dia lakukan kepada diri kita...

Akhir kalam, ana mengucapkan terima kasih buat kalian semua...Renungkanlah hadis Nabi S.A.W yang bermaksud " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa paras mu, tetapi Allah melihat pada hati kamu dan amalan kamu " ..... ( H. Muslim )
dan katanya lagi " Wahai manusia, bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah... Sesungguhnya aku ( NABI ) bertaubat 100 kali dalam setiap hari " ....... ( H. Muslim )



Sunday, September 13, 2009

kata2 hikmah Saidina Ali K.W.H


الدنيا مطية المؤمن ، عليها يرتحل إلى ربه ، فأصلحوا مطاياكم تبلغكم إلى ربكم


Maksudnya
: Dunia ini seumpama haiwan tunggangan bagi orang mukmin, di atasnya orang mukmin tadi dapat meneruskan perjalanannya untuk bertemu dengan tuhannya... Maka, memperelokkanlah ( memperbaikkanlah ) tunggangan-tunggangan kamu , nescaya kamu boleh dibawa berjumpa dengan Tuhan kamu...

Kata2 saidina Ali amatlah berharga bagi kita semua selaku mukmin, Ini kerana terdapat pada kalamnya maksud yang begitu mendalam sekali... Jikalau diperhati dan diteliti, masyaAllah faedahnya terlalu banyak... Oleh itu, mari lah kita memikir sejenak apakah kita sudah memperbaikinya??? Gunalah kata2nya itu sebagai satu kunci hidup kita supaya kita semua " InsyaAllah " berjaya di dunia dan di akhirat sana... Moga2 semua amalan ibadah kita diterima Allah S.W.T dan di Redoi nya...


Katanya Saidina Ali lagi :


الداعي بلا عمل كالرامي بلا وتر

Maksudnya : Orang yang melakukan dakwah sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan2 ( adalah sia-sia ) umpama orang yang memanah sedangkan panahnya tidak bertali...

Patutlah kita mendengar dan mengambil faedah daripada apa yang dikatakan olehnya supaya kita menjadi insan yang beriman lagi bertaqwa......InsyaAllah..



Saturday, September 12, 2009

Riwayat Hidup Imam Fakhruddin Ar-Razi



Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi. Berakhir keturunannya kepada Abu Bakar As-Siddiq R.A.. Gelarannya adalah Fakhruddin Ar-Razi. Fakhruddin Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi parsi.

Beliau lahir dibandar Rai,Iran ( di negeri ‘Ajam ) sebuah daerah berdekatan dengan Teheran pada tahun 544H. Bapanya merupakan seorang khatib di Rai dan ulama’ besar di Bandar tersebut serta mempunyai kedudukan yang tinggi.

Beliau telah melantik dirinya sendiri untuk mengajar anaknya. Beliau mengajar anaknya dengan ilmu yang berbagai seperti Ilmu Kalam, Fiqah, Sains Islam dan menerangkan kepada anaknya cara berdebat dan mengeluarkan hujah. Kemudian beliau mengajar pula ilmu-ilmu yang berbagai dari ulama’-ulama’ lain. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ashaari. Beliau dikeneli sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.

Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan.. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hambali (yang menetang ilmu Kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.


Beliau seorang yang sangat sukakan ilmu. Beliau sentiasa bersungguh-sungguh di dalam mempelajari ilmu dan tidak suka bersibuk dengan perkara lain. Tambahan pula Allah telah mengurniakan kepadanya ketajaman fikiran, kekuatan pandangan, keelokkan ibarat, mempunyai pelbagai kemahiran di dalam perubatan dan kajian serta mempunyai perasaan yang tinggi dan kefahaman yang baik terhadap sastera Arab dan Farsi di samping kebolehan yang besar di dalam berhujah dan berdebat.

Beliau terkesan dengan kekacauan yang berlaku pada zamannya. Kerana itu, beliau menetapkan hidupnya untuk mempertahankan agama dan menolak syubhah-syubhah, khususnya setelah banyak berlaku perpecahan, tersebarnya bid’ah dan taasub yang berterusan menguasai hati-hati masyarakat.

Beliau telah bermusafir beberapa kali, merempuh banjir perang, perdebatan dengan puak-puak karamiah, dan puak-puak yang lain. Mereka telah mengatakan beliau telah terkeluar dari agama Islam dan mencela agama serta akhlaknya . Beliau tidak menghiraukan celaan mereka dan berterusan melawan mereka serta berhujah menggunakan kebenaran sehingga beliau menghadapi 29 puak dan beliau akhirnya menang melawan mereka semua.

Beliau telah meninggalkan hasil tulisan yang banyak di dalam Ilmu yang pelbagai di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Farsi. Umat islam telah mengambil manfaat dari tulisannya tersebut selepas kewafatannya sebagaimana beliau juga telah meninggalkan pelajarannya yang ikhlas. Beliau juga telah mengeluarkan kitab-kitabnya, menghuraikannya dan meringkaskannya.

Hasil karya al Razi yang terkenal Tafsir Al-Kabir ialah , sebuah tafsir Al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib. Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).


Beliau wafat pada Hari Raya Fitrah, tahun ke 1209 Masihi atau 606 Hijrah. Beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.