Saturday, September 12, 2009

Riwayat Hidup Imam Fakhruddin Ar-Razi



Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi. Berakhir keturunannya kepada Abu Bakar As-Siddiq R.A.. Gelarannya adalah Fakhruddin Ar-Razi. Fakhruddin Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi parsi.

Beliau lahir dibandar Rai,Iran ( di negeri ‘Ajam ) sebuah daerah berdekatan dengan Teheran pada tahun 544H. Bapanya merupakan seorang khatib di Rai dan ulama’ besar di Bandar tersebut serta mempunyai kedudukan yang tinggi.

Beliau telah melantik dirinya sendiri untuk mengajar anaknya. Beliau mengajar anaknya dengan ilmu yang berbagai seperti Ilmu Kalam, Fiqah, Sains Islam dan menerangkan kepada anaknya cara berdebat dan mengeluarkan hujah. Kemudian beliau mengajar pula ilmu-ilmu yang berbagai dari ulama’-ulama’ lain. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ashaari. Beliau dikeneli sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.

Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan.. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hambali (yang menetang ilmu Kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.


Beliau seorang yang sangat sukakan ilmu. Beliau sentiasa bersungguh-sungguh di dalam mempelajari ilmu dan tidak suka bersibuk dengan perkara lain. Tambahan pula Allah telah mengurniakan kepadanya ketajaman fikiran, kekuatan pandangan, keelokkan ibarat, mempunyai pelbagai kemahiran di dalam perubatan dan kajian serta mempunyai perasaan yang tinggi dan kefahaman yang baik terhadap sastera Arab dan Farsi di samping kebolehan yang besar di dalam berhujah dan berdebat.

Beliau terkesan dengan kekacauan yang berlaku pada zamannya. Kerana itu, beliau menetapkan hidupnya untuk mempertahankan agama dan menolak syubhah-syubhah, khususnya setelah banyak berlaku perpecahan, tersebarnya bid’ah dan taasub yang berterusan menguasai hati-hati masyarakat.

Beliau telah bermusafir beberapa kali, merempuh banjir perang, perdebatan dengan puak-puak karamiah, dan puak-puak yang lain. Mereka telah mengatakan beliau telah terkeluar dari agama Islam dan mencela agama serta akhlaknya . Beliau tidak menghiraukan celaan mereka dan berterusan melawan mereka serta berhujah menggunakan kebenaran sehingga beliau menghadapi 29 puak dan beliau akhirnya menang melawan mereka semua.

Beliau telah meninggalkan hasil tulisan yang banyak di dalam Ilmu yang pelbagai di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Farsi. Umat islam telah mengambil manfaat dari tulisannya tersebut selepas kewafatannya sebagaimana beliau juga telah meninggalkan pelajarannya yang ikhlas. Beliau juga telah mengeluarkan kitab-kitabnya, menghuraikannya dan meringkaskannya.

Hasil karya al Razi yang terkenal Tafsir Al-Kabir ialah , sebuah tafsir Al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib. Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).


Beliau wafat pada Hari Raya Fitrah, tahun ke 1209 Masihi atau 606 Hijrah. Beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.


0 comments:

Post a Comment