Friday, November 20, 2009

Rezeki bertambah jika mensyukurinya...


Allah berfirman bermaksud: "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu disebut dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."

(Surah Hud, ayat 6)


Sesungguhnya nikmat Allah kepada manusia tidak terbilang dan tidak akan mampu untuk dihitung seperti firman-Nya bermaksud:
"Dan jika menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menentukan jumlahnya..."

(Surah an-Nahl, ayat 18)

Memang tidak dinafikan bahawa ketika manusia ditimpa bencana atau musibah, kita menanggung bebanan yang lebih berat. Sebab itu manusia ketika dalam kesusahan, biasanya mudah ingat kepada Allah, tetapi mudah lupa dan tidak bersyukur ketika memperoleh nikmat. Allah berfirman bermaksud: "...Dan sedikit (sekali) hamba-hamba-Ku yang bersyukur."(Surah Saba', ayat 13)

Menurut
Imam al-Ghazali, bersyukur itu mendatangkan dua faedah. Pertama mengekalkan nikmat. Dengan bersyukur, bermakna kita mengikat nikmat itu daripada hilang dan menjauhkan diri daripada seksaan Allah. Ini sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman?"

(Surah an-Nisa, ayat 147)

Faedah kedua adalah
menambahkan nikmat seperti mana Allah berfirman bermaksud: "...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Ali bin Abi Thalib berkata: "Apabila tanda-tanda kenikmatan sampai kepadamu, maka janganlah anda menghilangkannya (mengusir) nikmat yang akan datang dengan sedikit rasa syukur."

Nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia, khususnya Muslim boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1 Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makan minum, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur, pandangan dan nikmat berkasih sayang.

1 Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya iaitu nikmat iman dan Islam, kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke akhirat. Nikmat inilah yang perlu dipertahankan sampai ke akhir hayat kita.

Imam Al-Junaid berkata: "Syukur itu ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.” Maksudnya, tanda seseorang bersyukur ialah menggunakan nikmat yang diterima untuk berbuat taat kepada Allah dan memanfaatkannya ke arah kebaikan, bukannya menyalurkan ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan (cara) syukur itu kepada tiga, iaitu:-

1 Syukur dengan lidah, iaitu menyebut nikmat kurniaan Allah seperti firman-Nya bermaksud: "Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran."(Surah Dhuha, ayat 11)

1 Syukur dengan anggota badan iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredai Allah.

1 Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sahajalah pemberi nikmat, di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh manusia datangnya daripada Allah.



INSAFLAH WAHAI TEMAN-TEMANKU...


Lucu ya, wang rm 2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya, orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Quran.

Lucu ya, semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran dua kali.

Jika anda anggap perkara ini memang lucu dan layak diberi kpd Kump. Senario utk skrip lawak diorang, x usah baca mesej ni.Tapi kalu anda mahu umat Islam bangkit semula, anda fikir2kan lah….


Wednesday, November 11, 2009

Tok Batin ( Sebagai Hiburan )


Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motosikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor pun tiada.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due orang, tak boleh tumpang lagi..."


Betapa sayang nya Allah pada kita...


"Betapa sayang nya Allah pada kitan sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?


"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman!!!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Monday, November 9, 2009

APA ERTINYA MENJADI MISKIN...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.
Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"
"kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
"Ya,
"Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?
"Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,
"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"
"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,
"Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"