Thursday, September 10, 2009

Masuklah kita ke Madrasah ketiga....


Kini masuklah kita ke madrasah ketiga...Madrasah yang terakhir bagi kita di bulan ramadhan tahun ini... Apakah kita tidak mensia2 kan Madrasah Ramadhan yang lalu?? Adakah ibadah yang kita lakukan setimpal dgn Ramadhan pada kali ini?? Apakah kelebihan kita buat berbanding Ramadhan2 yang telah berlalu?? Adakah kita telah menghidupkan malam2 ramadhan dengan amalan2 ibadah??


Perkara ini sering bermain di minda kita jikalau kita selalu memikirkannya... Tapi apakah kesudahan yang kita lakukan?? Sedarlah wahai umat2 Islam sekelian.. Ramadhan adalah bulan yang tersangat Mulia bagi manusia. Lakukanlah dengan sehabis2 baik amalan kebajikan.. Belum terlambat bg kita untuk melakukan ibadat di bulan mulia ini. Ramadhan masih lagi berbaki bg kita. Ingat2lah kita semua.....Madrasah terakhir ini mempunyai satu malam yang tersangat istimewa.. Oleh itu marilah kita selaku hamba Allah mencari dan merebut peluang ini.. Kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa malam yang penuh dengan keramat ini.. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan..


Firman Allah taala :

ليلة القدر خير من الف شهر

Mafhumnya
: Malam al-qadar lebih baik dari seribu Bulan...

Jadi apakah tindakan kita selaku pejuang islam menempuh hari yang akan berlaku kepada kita?? Adakah kita hendak mensia2kannya juga sebagai mana ramadhan2 yang sebelumnya?? Ambilah istifadah dengan apa yang berlaku kepada diri kita.. Berlumba2lah kita mencari malam Al-qadar tersebut... Ganjaran yang tersangat besar Allah berikan kepada umat nabi Muhammad S.A.W....

Peganglah kata2 Saidina Ali K.W.H. katanya :

أنصح لكل مستشير ولا تستشر الا الناصح اللبيب

Maksudnya
: Berikanlah nasihat kepada sesiapa sahaja yang meminta nasihat daripada mu dan janganlah engkau meminta nasihat melainkan daipada penasihat yang berakal..

Daripada kata2 Saidina Ali tersebut, Bolehla kita ambil istifadah dengan nasihat diatas.. Ambillah yang baik bagi diri antum semua.. Yang buruk kita tinggal2kannya.. Ramadhan adalah sinar Islam bagi menakutkan musuh2 Islam.. Patutnya kita mesti berubah dengan selayaknya.. Insyaallah......

p/s : Ini nasihat dari ana untuk mengubah diri ana.. kalau baik bg diri antum, ambillah dan gunalah untuk memperbaiki diri...

0 comments:

Post a Comment