Wednesday, September 2, 2009

KENALI ILMU TASAWUF......

TAARIF TASAWUF DARI PANDANGAN ULAMA2

Qadhi Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari R.A berkata : " Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan mencapai kebahagiaan yang abadi "..

Syeikh Ahmad Zarruq R.A pula berkata : " Tasawuf adalah suatu ilmu yang bertujuan memperbaiki hati dan menfardukan hanya kerana Allah Ta'ala semata2 tanpa yang lain. Ilmu Fekh bertujuan memperbetulkan amalan , menjaga peraturan, dan menzahirkan hikmah terhadap hukum hakam..Ilmu Usul pula " Ilmu Tauhid " untuk memantapkan muqaddimah keimanan dengan dalil2 serta menghiasi iman dengan keyakinan..Ia seumpama ilmu Perubatan yang bertujuan untuk menjaga tubuh badan daripada apa jua musibah , seumpama itu juga ilmu Nahu yang juga untuk memperbetulkan baris semasa membaca serta bermacam2 lagi ilmu yang lain "...

Berkata Sayyid At-Thoifatain Imam Junaid rahimahullah pula berkata: " Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi keji ".

Setengah yang lain mengatakan : " Tasawuf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlakmu dia telah menambahkan tasawuf terhadap dirimu " .

Berkata pula Abu Hasan asy-syazuli R.A : " Tasawuf ialah melatih diri dengan ubudiyyah dan mengembalikannya kepada hukum rububiyyah ".

Ibnu 'Ajibah R.A pula berkata : " Tasawuf ialah satu ilmu yang dengannya dapat diketahui cara2 suluk menuju hadrat Raja segala Raja, menyucikan batin dari pebuatan buruk dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia. Permulaannya ILMU, pertengahannya AMAL, penghujungnya PEMBERIAN DARI ILAHI ".

Pengarang Kasyfu Az-Dzumun pula berkata : " Tasawuf ialah ilmu yang dengannya diketahui cara2 peningkatan ahli kamal dalam jalan kebahagiaan mereka dari jenis insani sehingga mereka berkata :


علم التصوف علم ليس يعرفه ## إلا أخو فطنة بالحق معروف
وليس يعرفه من ليس يشهده ## وكيف يشهد ضوء الشمس مكفو


Ilmu tasawwuf ialah ilmu yang tidak mengetahuinya.....

Melainkan insan cerdik yang terkenal dengan kebenaran.......
Mana mungkin mengenalinya bagi mereka yang tidak menyaksikannya.....
Dan mana mungkin bagi si buta melihat cahaya matahari ?..

Dalam Qawaid Tasawuf Syeikh Zarruq berkata : " Tegasnya ilmu tasawuf didefinasi, dicoret dan ditafsirkan dengan pelbagai taarif yang mencecah dua ribu taarif. Semuanya kembali kepada niat yang betul menuju ALLAH SWT... Akan tetapi semua itu merupakan penilaian dari sudut2 tertentu yang terdapat dalam tasawuf " .

Maka jelasnya bahawa tiang tasawuf ialah pembersihan ( qalb ) hati daripada bahaya kebendaan, peraturannya adalah hubungan insan dengan pencipta yang agung. Tegasnya sufi itu ialah sesiapa yang bersih hatinya kepada ALLAH, suci matlamatnya kerana Allah lalu Allah menyucikan kemuliaan dirinya..

Rujukan : HAQA'IQ TASAWUF ( SYIKH ABDUL QADIR ISA RAHIMAHULLAH )
Belehlah sahabat2 rujuk disana....

1 comments:

panji laras said...

terus kembangkan mudah-mudahan Allah memberkahi

Post a Comment