Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu penghalang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Bt Sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...insyAllah
Butterton 2018 #2
-
Akhirnya dengan bantuan Kak Teh (teman sekerja), dia deal dengan kawan dia
tokey sewa kereta akhirnya kami dapat kereta 'Land Rover Discovery', mem...
Transisi Utama 2016
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Transisi kehidupan penulis..
Dari Politeknik Kota Kinabalu Sabah selama 6 tahun 5 bulan(8 Ja...
Syeikh Nawawi Marfu`
-
Pada tahun 1435 hijriyah negeri Nusantara merasa sedih sebab wafatnya
seorang ulama besar yang dengan kewafatannya sanad di nusantara turun satu
derajat...
Greatest Muslim
-
Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat
junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wa...
Pintu itu terbuka
-
Kehidupan manusia tidak beku,tidak kelu bahkan ianya sering berubah dan
bersedia untuk berubah .Namun , dalam merentasi kehidupan ini manusia
sering alpa d...
Cahaya Fajar Di Ufuk Timur
-
(Waktu Fajar Di Puncak Bukit Tursina)
Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah tuhan yang telah member kurnia
kepada hamba-hambaNya, selawat dan sal...
Bahagia Hakiki
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog Cinta Agung.
Semoga dalam rahmat dan kere...
Sebulan Di Malaysia
-
ASSALAMUALAIKUM....
Alhamdulillah kelmarin genap sebulan saya sampai k tanah air kerana
merantau di bumi Mesir demi meneruskan perjuangan iaitu menuntut
i...
Jadilah seorang pemaaf
-
Alhamdulillah,masih lagi diberi ruang dan kelapangan bagiku untuk bertinta
di arena penulisan ini.Bersyukur pada Allah atas nikmat iman dan islam yang
dibe...
Tazkirah
-
Aku Hanyalah Seorang Hamba
Assalamu'alaikum wrh.
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga...
MENGENALI TOKOH ILMUAN ISLAM= AL FARABI
-
Assalamualaikum kepada semua yang melayari blog ana.Pada kali ini ana ingin
memperkenalkan kepada sahabat-sahabat sekalian seorang tokoh ilmuan islam
yang ...
SEBENARNYA setiap detik peristiwa pada kedua-dua hari raya tersebut adalah mengandungi hikmah dan makna atau merupakan gambaran simbolik kepada apa yang akan berlaku ke atas manusia selepas mati.
Inilah hikmah,selain hikmat-hikmat yang sering diperkatakan menegenai hal yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mengikut hukama' / ulama' :
"Hari raya itu adalah untuk mengingatkan hamba Allah kepada hari akhirat (hari kiamat).Apa yang berlaku pada hari raya adalah tamsilan kepada detik-detikperistiwa yang akan berlaku pada hari kiamat ..."
Justeru,hukama' menganjurkan agar setiap peristiwa pada hari raya direnungi dan dibayangkan sebagai ibarat atau tamsilan kepada peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat kelak,
sebagaimana berikut:
1- Saat berlalunya bulan Ramadhan diibaratkan sebagai ketibaan saat kematian seseorang hamba Allah.
2-Bunyi mercun atau riang gembira hilai ketawa kanak-kanak pada hari raya diibaratkan sebagai bunyi tiupan sengkakala pada hari kebangkitan manusia dari kubur mereka.
3-Panggilan (tuntutan) sembahyang hari raya diibaratkan sebagai seruan Israfil pada Hari Kebangkitan di atas shakhrah (batu besar) di Baitul-MaQdis, "Hai segala tulang yang hancur! Hai segala kulit yang lebur! Hai segala bulu yang gugur.Telah diperkenankan kamu dibawa mengadap Allah".
4-Keluarnya muslimin dan muslimat beramai-ramai ke masjid atau ke padang untuk mengerjakan ibadah sembahyang sunat hari raya ditamsilkan dengan keluarnya (kebangkitan) manusia bertaburan dari kubur masing-masing pada hari kebangkitan (yaumul-ba'ts) lalu bergerak ke padang Mahsyar.
5-Pelbagai cara orang pergi ke masjid,ada berjalan kaki dan juga menaiki kenderaan.Keadaan yang berjalan kaki,ada yang perlahan,ada yang cepat atau terburu-buru.Dan yang berkenderaan pula dengan pelbagai jenis kenderaan,daripada basikal hingga kepada kereta mewah. Keadaan ini diibaratkan kepada pelbagai keadaan perjalanan manusia dari kubur mereka ke padang Mahsyar kelak.
6- Ketibaan jemaah di masjid atau di padang pula ditamsilkan dengan ketibaan seluruh manusia di padang Mahsyar.
7-Keadaan jemaah di masjid atau di padang dengan pelbagai pakaian, rupa paras, warna kulit dan keadaan tempat duduk mereka ditamsilkan sebagai keadaan yang akan dialami oleh manusia di padang Mahsyar nanti.
Antara mereka ada yang putih dan ada yang hitam muka mereka, ada yang duduk di bawah naungan 'Arasy,ada yang berpeluh berjemur panas.Ada juga mereka yang menduduki tempat teristimewa,iaitu
para anbia',aulia' dan syuhada'.
8-Berdiri (Qiam) para jemaah untuk sembahyang sunat hari raya pula ditamsilkan sebagai berdirinya seluruh manusia di padang Mahsyar menghormati Tuhan Rabbul-Jalil.
9-Segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang sunat hari raya itu adalah sebagai tamsilan atau menggambarkan peristiwa demi peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat.
10-Selepas sembahyang,apabila Imam bangun membaca khutbah,maka tamsilannya ialah,Jibrail bangun mengumumkan keputusan nasib manusia di akhirat,sama ada menerima kebahagiaan atau kecelakaan (ditempatkan di syurga atau di neraka).
Demikianlah,anjuran hukama' supaya apa yang berlaku pada hari raya itu direnungi dan dijadikan iktibar,dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang bakal terjadi pada hari kiamat.Dengan berbuat demikian,diharap akan timbul keinsafan dan ketaQwaan dalam diri.
Diberi nama Mohd Farihan Bin Mohd Zaki Anak kelahiran Perak yang dilahirkan Di Hospital Gerik, Anak kedua daripada enam orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Gerik Perak, Kemudiannya menyambung pengajian di Sek. Ren. Keb. Sri Adika Raja , Seterusnya menyambung Pengajian di Tahfizul Quran,Institut Pendidikan Al- Balaghlmubin, Selepas itu pula menyambung Pengajian di Pusat Pengajian Pondok ( YIK ) , sehabisnya di Pusat Pengajian Pondok , ana melanjutkan pula pengajian di Universiti Al-Azhar, Cawangan Dumyat......
ZIKRAYAT EPISOD 6
-
ZIKRAYAT EPISOD 6
(Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya
saya di Kuala Lumpur)
Nama penyampai dan penerbit radio ...
Syeikh Nawawi Marfu`
-
Pada tahun 1435 hijriyah negeri Nusantara merasa sedih sebab wafatnya
seorang ulama besar yang dengan kewafatannya sanad di nusantara turun satu
derajat...
Amalan Puasa sebagai Pengubat Jiwa
-
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menterjemah risalah
yang ditulis oleh Imam al-Ghazali (wafat pada 505 H) yang merupakan petikan
dar...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Lama Betul Tidak Menulis
-
Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang
membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap
lepas ni sa...
Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13
-
| Print |
*GOMBAK, 10 Sept:* PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum
ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN seda...
Hari Paling Bermakna Dalam Hidupku...
-
Perkahwinan antara :
Abdul Hakim Bin Mat
&
Zuriani Binti Mohd Khasidi
2 Syawal 1431 H / 11 Sept 2010 M
Doakan semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke...
0 comments:
Post a Comment