Monday, August 31, 2009

Amalan bersahur digalak oleh Islam.

Amalan bersahur digalakkan oleh islam.Ini kerana bersahur adalah satu sunnah yang ditinggalkan nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya. Pada sahur itu terdapat keberkatannya tersendiri. Janganlah kita memandang remeh terhadap amalan bersahur ini kerana jika kita bersahur, bukan sahaja mendapat keberkatannya sahaja, malah disana juga kita akan mendapat pahala mengikut sunnah yang ditinggalkan nabi kepada kita.

Nabi s.a.w bersabda :
تسحروا فإن في السحور بركة


Maksudnya : Bersahurlah wahai sekelian umatku, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatannya tersendiri.
صحيح المسلم , المجلد الرابع

Bertepatan dengan hadis tersebut, marilah sama2 kita supaya tidak meninggalkan amalan bersahur ini. Ini kerana amalan bersahur juga dapat membantu tubuh badan kita menempuh puasa sepanjang terbitnya fajar hingga tenggelamnya. Marilah sama2 kita menghidupkan sunnah nabi kita. Bersahur tidak semestinya kita makan nasi 2 3 pinggan, makan sedikitpn dikira bersahur seperti sebiji kurma ataupn seteguk air. Klu nak makan banyakpn x ada apa2. (takut lapar tegah hari jer ),huhuhu.... Tetapi berpada2 laaa... jangan sampai memudaratkan diri plak.. X pasal2 dapat benda len..

AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK BAGI DIRI KITA.


Pilihlah pemakanan yang sewajarnya bagi tubuh badan kita. Janganlah kita memakan makanan yang berminyak dan berklastrol sahaja ( ikut nafsu semata) , sebaiknya kita amalkan juga dengan memakan makanan seperti ulam2 supaya dapat cover dgn makanan yang kita makan.. Makanan yang berklastrol bahaya bagi kesihatan kita jikalau diamalkan selalu, Sayangilah diri kita dan tubuh badan kita...

Contoh pemakanan .....



Gulai ayam ini yang dibuat sahabatku..
( yg tinggal di masjid walidain )

Haaa,seperti gulai kari ini.. kita sedia maklum kerana pada kari ini terdapat banyak klastrol dan berminyak.. Jadi apa salahnya kita sediakan lagi sepinggan ulam supaya dapat cover ngn pemakanan kita.. Contoh seperti gamba dibawah....


Wah,sedap betull..!!! Jangan sampai meleleh air liur lak..hahaha
Ini terung bakar,timun dan gergil yang diperahkan keatasnya air limau nipis.

Pilihlaa makanan yg patut bg diri kitaa. Jagalah kesihatan diri kita..Apa yang patut kita lakukan silakan, apa yang x patut kita sisihkan..Jangan ikutkan nafsu semata.. Pada nafsu bahaya menanti.. Fikir2kanlahh..

Sesal dulu bertepatan,
sesal kemudian tiada gunanya..


p/s : Ini sebahagian sahaja..yang len tu cari sendiri laaa...huhuhu.
Bg doctor2 taw ustaz2 tu, klu de salah tegur ler ekk,huhuhu

0 comments:

Post a Comment