Friday, August 28, 2009

Kepulangan seorang pejuang ke Malaysia

Kesedihan melanda semula diri ini apabila salah seorang daripada sahabatku sudah menamatkan pengajiannya disini. Ana mengenalinya sudah sekian lamanya di pengajian tahfiz dahulu.. Kesedihan bukan bermaksud ape2, ini kerana kami sudah mengenali satu same lain. Bertemu kami hanya kerana allah dan berpisahnya jua kerananya.. Kepulangannya ke Malaysia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menegakkan kalimah ALLAH tertegak di muka bumi ini. Belajarnya kami disini bukannya hanya untuk mencari pekerjaan ataupun sebagainya semata2,tetapi beradanya kami disini semata2 hendak menyinarkan lagi keagungan ISLAM dimuka bumi ini. Islam adalah agama yg tertinggi dan tiada agama yg paling tinggi selain islam..

Berdasarkan hadis daripada NABI s.a.w :

الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه

Maksudnya : Agama islam adalah suatu agama yang tingga keagungannya, martabatnya, kehebatannya dan tiada agama lain yang paling gah dari agama islam ini..

Berbalik pula kepada kisah sahabat ku nie,namanya Mohd Syahid Bin Mohd Fauzan. Ana mengenalinya hanya 2 tahun di pengajian tahfiz itu. Kami disitu boleh dikatakan sebagai adik beradik kerana dengan suasana di situ dan bilangan pelajar disitu. Disitu ana dan dia mengenali diri masing2 dah disitu juga bermacam macam karenah, gelak tawa , kenagan pahit dan manis yang kami lalui x pernah lekang dari fikiranku.kalau nak diceritakan,memang xkan habis dengan ape kenangan y kami lalui.Disitu Ustaz yang mengajar kami x ubah seperti ayah sendiri kerana memang betul2 baik. Boleh ana katekan kalau di dalam kelas sebagai guru dan murid, tetapi bila diluar kelas boleh dikatekan sebagai seorang sahabat yang selalu mendampingi kami dikala susah dan senang.Kenanganku mungkin xakan hilang di dalam memori selamanya....


Inilah gambar yang diambil pada pagi sebelum syahid pulang ke Malaysia.
Diambil pada 7 ramadhan 1430 hijrah.


Utara Selatan jauhnya berbatu,
Tahfiz In-Pal titik bertemu,
Bersua di sini sekelumit waktu,
Agar ukhuwwah berkekalan selalu....

0 comments:

Post a Comment