Wednesday, August 26, 2009

Muqaddimah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله و صحبه أجمعين

Ku Mulai Penulisan ini dengan kalimah yang mulia بسم الله الرحمن الرحيم agar ia disertai keberkatan dari Ilahi... Tiada yang ku pegang sebagai bukti, melainkan sabda Nabi kita :

كل أمر ذي بال لا بيدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع

Setiap perkara yang berfaedah tidak dimulai dengan Basmalah,
maka ianya kurang keberkatan...

Bersyukur kehadrat allah s.w.t kerana memberi kepada kita semua nikmat islam,iman dah ihsan. Dengan adanya nikmat ini kita dapat hidup dibumi allah s.w.t dengan tenang dan tenteram disamping dapat kita menghirup udara yang begitu nyaman sekali...Didalam muqaddimah ini ana mengucap setinggi2 kesyukuran yang tak terhingga sekali kepada allah s.w.t kerana memberi peluang kepada ana menulis sedikit sebanyak apa yang ana tahu untuk kita berkongsi bersama.Kita juga patut bersyukur kepada allah s.w.t kerana memberi kita semua bertemu dengan bulan yg begitu mulia sekali...bulan yang diberi nama RAMADHAN ....

Firman Allah s.w.t di dalam al-qurannul karim :

يأيها الذي كتب عليكم الصيام كما كتب عليكم الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Mafhumnya : Wahai orang2 yang beriman,DIFARDUKAN keatas kamu supaya
berpuasa (dibulan ramadhan) sebagaimana difardukan kepada umat2
yang terdahulu supaya kamu tergolong dikalangan orang2 yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w bersabda :

من قام رمضان ايمانا وحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya : Sesiapa yang menghidupkan ramadhannya ( qiamullail ) dengan penuh keimanan dan keinsafan akan diampunkan dosa2nya yg terdahulu..

Ayuh teman2ku sekelian, rebutlah peluang yg datang kepada kita.Gunakanlah masa dan peluang ini sebaik mungkin selagi umur kita masih ada.Kehadiran ramadhan adalah satu rahmat bagi kita semua.Kita tidak tahu lagi sama ada adakah kita akan jumpa dengan ramadhan yang akan datang.Ramadhan bulan yang mana dikhususkan bagi manusia melakukan amal kebaikan sebaik mungkin.Berpuasa, bertaraweh, bersedekah, berqiamullail, amalan yang berfaedah, berbuat baik sesama muslim dan selainnya patut kita pupuk didalam diri kita supaya bulan yg berkat dan penuh dengan rahmat ini tidak berlalu begitu sahaja.Ketahuilah bahawasanya diawal ramadhan dipenuhi dengan rahmat yang melimpah ruah,dipertengahan pula dipenuhi dengan segala jenis keampunan dari RABBUL IZZAH dan diakhirnya diberinya pelepasan dari azab api neraka.Kita patut berbangga dengan kelebihan dan keistimewaan yang allah berikan kepada kita semua.Keistemewaan ini patut kita rebut kerana kita selaku manusia x terlepas dari dosa dan selalu melakukan dosa. gunalah masa sebaik mungkin dan renung2kanlah...
ADAKAH KITA SUDAH MEMIKIR TENTANG HAL2 DEMIKIAN !!!??
pikir2kanlah dengan apa yg kita kita selalu lakukan.Bermuhasabahlah diri kita.jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya.Usah lagi kita membuang masa dan melakukan amalan2 yang x berfaedah..sama2lah kita berfikir apakah yg sudah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan yg sudah berlalu ini...

Firman allah s.w.t yang bermaksud :

BERIKANLAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BOLEH MEMBERI FAEDAH DAN MANFAAT BAGI SEKELIAN MANUSIA...

Usah kita melihat orang lain,tengoklah kepada diri sendiri.Perbaiki sedikit demi sedikit diri kita supaya mejadi orang baik dan lebih terbaik.. Ana mengharapkan dengan sedikit coretan yang x seberapa ini dapat membantu memberikan kita semangat supaya dapat mengubah diri kita dengan yang lebih terbaik. Majukanlah diri antum semua.. insyaAllah..

ما اصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسي


0 comments:

Post a Comment