Wednesday, November 4, 2009

SYEIKH IMAM MUTAWALLI AS SYA’RAWI


KELAHIRAN BELIAU :

-Beliau dilahirkan pada 15 April 1911 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1328 H .

-Beliau dilahirkan dikalangan keluarga petani, namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang soleh dan mulia.


SEJARAH AWAL KEHIDUPANYA :

-Melihat kepada pendapatan bapanya, pada awalnya beliau merancang untuk menolong bapanya mengusahakan tanah, tetapi selepas itu beliau mendapat idea yang lain, lalu beliau mendaftarkan dirinya di Maahad Ad Diniyyah. Beliau enggan memasuki Maahad di Zaqaziq.

-Untuk mengelakkan dirinya dari masuk Maahad tersebut, Beliau telah meletakkan getah di matanya supaya buta seketika.

-Selepas itu, Beliau mencari pertubuhan lain yang menerima pelajar buta. Beliau memerlukan perbelanjaan yang banyak bagi menampung pengajiannya terutama untuk membayar buku.

-Namun begitu, bapanya tetap berusaha untuk meneruskan pembelajarannya disana, dan terus menghantar wang perbelanjaannya dan tidak memenuhi permintaannya untuk berhenti dari maahad tersebut.


SYAKHSIAH DAN RAHSIA DIRINYA :

-Beliau merupakan Saiyidu Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.

-Sahabat akrabnya pernah mengintip perbuatannya di waktu malam, ternyata didapati beliau tidak tidur, malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT.

-Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang tahajjud kepada Allah SWT.

-Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Makkah, Beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki, sedangkan darjah kepanasan terlalu panas lebih kurang 50c kerana memuliakan tempat tersebut.

-Cintanya terhadap Allah SWT terlalu mendalam sehinggakan ketika di Masjidil Haram, Beliau tawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali, walaupun ketika itu, cuaca tersangat panas.

- Beliau juga pernah melarang maqam nabi Ibrahim AS dipindahkan dari tempatnya kerana berpendapat bahawa maqam tersebut adalah sebahagian tempat ibadah haji dan tidak boleh diubah.


CINTA BELIAU KEPADA AHLI KELUARGA NABI SAW :

-Beliau mencintai dengan mendalam kepada ahli keluarga Nabi serta kaum keluarga Nabi SAW.

-Beliau selalu bertasbih dan berselawat ke atas Nabi SAW.

-Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan Masjid Saiyyidina Husain RA dan sentiasa menziarahi maqam Sayyidah Nafisah serta menziarahi majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Saiyyidina Husain RA.

-Beliau juga mengarang sebuah kitab sejarah mengenai ahli keluarga Nabi SAW.

-Beliau merupakan Imam yang sufi dan zuhud.


HIKMAH ANUGERAH ALLAH :

-Beliau dikurniakan Allah SWT ilmu yang tingg, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna.

-Sewaktu menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor berkata “ aku bimbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyebukkan kamu dalam banyak perkara”. Lalu Imam Sya’rawi menyatakan, “ Bertenang!! Sesungguhnya mereka ( kesibukkan ) tidak akan dapat menewaskan aku”.

-Beliau juga merupakan seorang peniaga yang berjaya.

-Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta, Doqdus di kampung beliau.

-Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebaikan.

-Wang LE250 juta (USD73 juta) yang merupakan hadiah daripada raja dubai telah didermakan sebanyak LE500,000 ( USD146,000 ) kepada pelajar-pelajar Al-Azhar dan yang selebihnya didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz Al-Quran.


SAAT KEMATIANNYA :

-Sebelum Syeikh Sya’rawi meninggal dunia, Beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk bernafas dengan baik dan sakit tulang.

-Anak saudaranya , Hajjah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematiannya, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada disekelilingnya. “ Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang sendiri berjumpa dengan aku, aku gembira dengan kedatangan mu”, kemudian beliau mengucapkan lafaz hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

-Beliau dikebumikan di kampungnya Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri.

-Jenazahnya dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencipta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.


0 comments:

Post a Comment