Thursday, October 15, 2009

AL ALLAMAH AHMAD IBNU MUHAMMMAD AL- QASTOLANI R.A


NAMA BELIAU :


- Al –Imam Al Hafiz Syahabuddin Abu Abas Ahmad bin Abi Bakar bin Abdul Muluk bin Ahmad Al Qastolani Al Misri As Syafie Al Imam Hujjah Al Faqih Al Mukri’ Al Musnad.

- Beliau seorang ahli hadith dan Sejarah yang besar di mesir .


KELAHIRAN BELIAU :


- Di lahikan di Mesir pada 12 Zulkaedah tahun 851 H.

- Meembesar dengan menghafal Al-Quran dan sebahagian kitab-kitab karya ulama’-ulama’ muktabar termasuk kitab As Syatibiah.

- Telah beberapa kali menunaikan haji dan penah menetap di Mekah pada tahun 883 H serta sempat berguru dengan beberapa ulama’ di sana.


- Diantaranya ialah :


1 ) Syeikh Najru Ibn Fahd

2) Syeikh Kahlid Al Azhari

3) Syeikh As Salahawi

4) Syeikh Islam Zakaria Al Ansari


- Beliau merupakan seorang ulama’ dan Hafiz yang tiada tandingan.

- Beliau banyak melahirkan ulama’-ulama’ yang hebat.

- Beliau pernah mengajar dan memberi khutbah di Masjid Amru bin Al Ash


ANTARA KITAB-KITABNYA :


1) Al-‘ukud Al Saniah Fi Syarhi Al Muqaddimah Al Jazriah.

2) Syarah As Syathibiah.

3) Syarah ‘Ala Burdah Al Anwar Al Madiah.

4) Kitab lala’iful Isyarah.

5) Masalik Al Hunafa’ Fi Solat ‘Ala Mustafa SAW.

6) Al Mawahib Al Laduniah Bil minah Al Muhammadiah.


KEWAFATANNYA :


- Hari khamis 6 Muharram 923 H bersamaan 1517 Masihi.

- Di kebumikan di sebelah makom Badruddin Al Aini.

KERAMATNYA:


1. UBAT DARIPADA RASULULLAH SAW.

- Allamah Qastolani menceritakan beliau pernah mengalami sakit yang sangat kuat. Pelbagai doktor yang datang untuk mengubatinya, namun kesemuanya tidak berjaya dan berputus asa serta bimbang akan penyakit tersebut sangat bahaya.

- Maka beliau telah menderita sehingga beberapa tahun lamanya.

- Pada tahun 839 Hijrah Al Qastolani berada di Mekah, digunakan kesempatan itu untuk berdoa kepada ALLAH SWT dengan berwasilah kepada Rasulullah SAW agar penyakitnya di sembuhkan.

- Ketika tidur Al Qastolani bermimpi didatangi bayangan yang menjelma sebagai seorang lelaki membawa sehelai kertas dan diserahkan kepada beliau.

- Kertas itu tertulis “ Rasulullah SAW telah menyeruh agar ubat ini diberikan kepada Ahmad bin Qastolani “.

- Apabila terjaga dari tidurnya ternyata penyakit teruknya telah baik dan semuanya sembuh seperti biasa.

2.

- Diceritakan bahawa Al Qastolani pergi ke Madinah dan menziarahi makam Rasulullah SAW.

- Dalam perjalanan balik, tiba-tiba seorang pembantunya terlanggar dengan seekor kijang hingga terjatuh menyebabkan luka yang amat parah dan mengaduh kesakitan.

- Al Qastolani merasa sangat bimbang terhadap pembantunya kerana disitu sukar untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan.

- Maka tiada jalan lain melainkan berdoa kepada ALLAH dengan berwasilah kepada Rasulullah SAW .

- Ketika tidur, Al Qastolani bermimpi melihat seseorang bersama jin dan pembantu dengan rupa perbuatannya.

- Setelah terjaga dari tidur, Al Qastolani mendapati bahawa pembantu beliau telah sembuh dari kecederaannya yang serius itu.

0 comments:

Post a Comment