Monday, November 2, 2009

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT




Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang mana tidak jemu untuk mereka menegakkan kalimah Allah ini terus terpacak di atas muka bumi ini.

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya, rahmat dah kasih sayangnya, pada ketika ini Allah masih lagi sayang kepada kita dengan memberi rezeki dan peluang kepada kita selaku hambanya dapat lagi menghirup udaranya yang segar dan memberi kepada kita dengan berbagai-bagai nikmat di atas muka bumi ini. Moga-moga dengan nikmat yang diberikan ini, kita dapat menggunakannya dengan penuh cermat dan amanah kerana tujuan kita tak lain tak bukan hanyalah untuk mengumpul sebanyak yang mungkin bekalan pahala untuk dijadikan tiket untuk kita memasuki syurga Allah SWT.


Sahabat-sahabat seperjuangan sekelian…….

.Kita selaku mukmin yang mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan kita, Nabi Muhammad SAW adalah nabi kita, Al-Quran sumber rujukan kita dan Islam itu agama kita , tidak dapat tidak kita wajiblah mensyukuri dengan segala bentuk nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita baik tangan, kaki, perkerjaan, dan segala-galanya kerana semuanya yang kita miliki ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT, hak mutlak pencipta dan Allah SWT berkuasa menarik kembali semuanya yang di kurniakan kepada kita sekali gus… Sedarlah kita selaku hambanya…


Allah SWT berfirman yang mafhumnya :

“ Jika engkau mensyukuri nikmat yang telah aku berikan kepadamu, nescaya akan aku tambahkan lagi nikmat kepadamu…. Jika engkau mengkufuri nikmat yang aku berikan kepadamu, nescaya azabku teramat pedih sekali “ .


Di dalam ayat ini Allah SWT menerangkan kepada kita, barangsiapa bersyukur dengan apa sahaja kurniaan dari Allah, nescaya Allah akan tambahkan nikmat kepadanya, tetapi Allah juga memberi amaran kepada kita barang siapa tidak bersyukur atau tidak berasa cukup pun dengan apa yang ada, maka nantikanlah azab Allah yang amat pedih di hari kebangkitan kelak.


Sahabat-sahabat seperjuangan sekelian……………..,

Ada manusia Allah SWT kurniakan mata kepadanya, tetapi tidak dapat melihat. Ada pula mereka yang ada telinga, tetapi mereka tidak dapat mendengar dan ada juga dikalangan manusia mempunyai kaki, tetapi tidak boleh berjalan… Setiap kejadian semuanya mempunyai hikmah tersendiri yang tidak nampak pada pandangan kasar kita, tetapi apabila kita renungkan, Adakah Allah SWT sengaja membuat sebegini ??? Oleh itu, bersyukurlah kita kepada Allah SWT dengan ciptaan yang diberikan.. Redoi apa sahaja dengan qodo’ dan qodarnya.. Disana terdapat hikmat yang terlebih besar lagi..


Moga-moga dengan cara kita bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT, Kita dapat menjadi mukmin yang sejati, beriman, bertaqwa, berguna kepada masyarakat dan di sayangi Allah SWT dan para malaikatnya. Dan dengan itu juga, moga-moga kita mendapat suatu tempat di dalam syurga bersama para-para nabi dan orang-orang yang soleh, INSYAALLAH……


P/S : Berfikirlah menggunakan hati dan ilmu pengetahuan, janganlah sekali-kali berfikir menggunakan nafsu.. Awasilah dengan nafsu kamu… ( Jom ke kuliah …………. )


0 comments:

Post a Comment