Monday, October 5, 2009

ASAL KALIMAH TASAWWUF.

Terdapat banyak pendapat yang menyatakan tentang asal usul kalimah tasawuf, di antara mereka ada yang menyatakan : “ Kalimah tasawuf berasal dari kata as-suffah- kain dari bulu kerana ahli sufi bersama Allah taala itu adalah seperti sehelai bulu yang dilemparkan ke udara, ini kerana kepasrahannya kepada Allah taala “ .

Di antara mereka ada juga yang berpendapat dan menyatakan : “ Ianya berasal dari as-sifah – sifat kerana keseluruhannya mereka bersifat dengan siat2 yang terpuji dan meninggalkan sifat2 keji “ .

Ada juga dikalangan mereka menggatakan : “ Ia berasal dari as-sofa’ – jernih dan bersih sehinggakan Abu Al- Fath Al-Busti rahi mengatakan :

تنازع الناس في الصوفي واختلفوا ## وظنه البعض مشتقا من الصرف
ولست أمنح هذا الإسم غير فتى ## صفا فصوفي حتى سمي الصرفي

Manusia berbantah dan berselisih tentang sufi
Sesetengah menyangka ia berasal dari as-suf iaitu bulu.
Sedangkan tidak ku berikan nama ini kecuali kepada pemuda
Yang bersih hatinya lalu bertambah suci sehingga digelar sufi ( abid ).

والصبر نفسك مع اللذين يدعون ربهم

“ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredoannya..

Mereka adalah jemaah pertama daripada rijal-rijal tasawuf. Kehidupan mereka adalah pengabdian tulus ikhlas serta contoh teladan ulung yang menjadi halatuju tokoh2 tasawuf dalam semua zaman islam yang dilalui.

Dikatakan : “ Ia berasal dari as-sofwah – yang bersih suci lagi terpilih sebagaimana yang disebut oleh imam Al-Qusyairi “ .

Dikataka juga : “ Berasal dari as sof- barisan lurus seolah-olah mereka yang hati-hati mereka berada dalam saf yang pertama dari segi konsentrasi terhadap Allah Taala, begitu juga yang mendahului orang lain dalam seluruh ketaatan “ .

Dikalangan mereka juga ada yang berkata : “ Tasawuf dinisbahkan kepada pakaian bulu yang kasar kerana orang-orang sufi berkorban pakaian untuk hidup dalam kesusahan dan keserderhanaan “ .

Walau apapun yang diperkatakan, secara tegasnya tasawuf itu lebih masyhur daripada berhajat kepada kias lafzi dan juga kepada kata asal. Sesetengah manusia mengingkari lafaz ini kerana ianya tidak di dengar pada zaman sahabat dan juga tabien, maka ianya tidak boleh diterima. Sedangkan betapa banyak istilah-istilah yang diadakan selepas zaman sahabat dan terus digunapakai tanpa diingkari seperti nahu, feqh, mantik dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, bagi kita ibarat dan lafaz tidak sepenting hakikat dan asas. Apabila kami mengajak kepada tasawuf, kami qasadkan dengan perkara tersebut ialah penyucian jiwa, pembersihan dan memperbaiki akhlak demi sampai ke martabat Ihsan. Kami namakan perkara tersebut dengan nama tasawuf dan jika mahu, anda boleh menamakan dengan nama-nama lain seperti ilmu dari sudut rohani dalam islam atau ihsan atau akhlaqi atau namakanlah apa saja yang anda ingin asalkan ianya bertetapan dengan hakikat dan jauharnya. Tetapi Ulama’- ulama’ umat islam mewarisi nama tasawuf dan hakikatnya daripada golongan salaf sebelum mereka iaitu daaripada mursyidin semenjak permulaan Islam sehinggalah hari ini. Perkara ini telah menjadi uruf di sisi mereka.

0 comments:

Post a Comment