Thursday, January 14, 2010

Tips Jadi Orang Cemerlang


artikel : Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERKSAAN ...

Assalamualaikum wbt, bersyukur kepada ilahi kerana memberi jurang masa kepada ana untuk menulis sedikit coretan yang tak seberapa ini. Sudah lama rasanya rumahku ini tak terUpdate kerana kesebukan study,baca2 dan macam2 hal lagi laa. Mengafalpn kena banyak lg, belum abis coz beratus2 muka surat lg nie...huhuhu. Al maklum laaa, musim pekse da nk masuk,bukan setakat musim sejuk n musim buah2an , malah musim tidur pn boleh terjadi klu xde kerje, yer laaa,disebabkan terlampaw sejuk, jd malas nak kuar dari saratoga...Tu sebab terasa malaspn ade, mana xnya, sejuk laa...ade laa pada malam 14 darjah,pagi same jer,cume ptg jer paanas laa ckit..klu mandi tanpa sakonah ( pemanas air) jawabnya x sentuh air laaa,huhuhu. Tetapi terpaksa laa melawan nafsu n sejuk nie coz nak pekse...ermmmm,org kata Mujahadah ckit,huhu.

Diringkaskan cite, bagi sahabat2 seperjuangan di ardil kinanah nie, lawan laa ckit nafsu tuk tidur n malas nie,biase laa, syaitan tu berada di merata2 tempat kn... ditambah ngn nafsu, mampus laa nak melayannya... Tingkatkan mutu kita sebagai seorang azhari n muslimin semoga dapat menjadi contoh kepada masyarakat Malaysia disana.. Untuk akhirnya ana memohon seribu, sejuta, sebelion n berlion2 kemaafan kepada sahabat2 yang mengenali diri yang kerdil nie jikalau ade kesalahan yang ana lakukan sama ada sengaja tawpn x sengaja, tersalah tutur kaaa, buat sesuatu yang x kena kaa, apa2 kaa. ana x taw mana taw kn kata2 ana mengguris perasaan antum semua. Antum yang menilai sendiri kn,ermmm, klu ade yang x berkenan tu bg taw laaa... Mai bisik kat telinga ana nie,x pa ehhh. Ana x makan orang ehh,hahaha..

Ok,setakat nie saja... Yang baik dari allah taala,yang buruk dari diri sendiri.. Jawab Pekse dgn penuh teliti dan betoi, jangan tinggai kosong.. Buat yang terbek, yang penting tajdidkan niat kita, RAJIN, USAHA, BERSABAR, BERSYUKUR, MEMOHON DOA, TAWAKAL, REDO DGN KETENTUNNYA, BERSANGKA BAIK N BANYAKKAN MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH MAHUKUN MANUSIA, buanglah sifat2 keji dan yang bersarang di dalam diri kita, moga2 kita semua dapat mengubah fael perangai kita kepada yang baik n lebih terbaik. Orang lain xdapat mengubah perangai kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.. Inilah kunci bg kita semua untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia mahupun diakhirat.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI ARDIL KINANAH NIE
BITTAUFIK WAN NAJAH

GOD LUCK..



Wednesday, December 23, 2009

MALU ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat ilahi yang tak terhingga kerana memberi segala bentuk nikmat kepada seluruh umatnya termasuklah hambanya yang kerdil ini. Selawat dan salam yang tidak pernah ku lupai buat kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga baginda. Tak dilupakan juga kepada sahabat2 baginda R.A yang menegakkan sinaran Islam di muka bumi ini hingga ke hari ini, para2 tabi’2 dan tabi’en, imam2 almuttaqim,para2 ulama’2 alim wa allamah, dan kepada mereka2 yang memperjuangkan agama islam hingga ke hari ini.


Adakah kita sudah memikirkan apakah malu itu?? Adakah malu itu dapat meningkatkan keimanan kita kepada ilahi?? Sebenarnya, malu itu separuh daripada iman.Begitulah sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat. Bukannya malu yang tak bertempat.


Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'


Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.


Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.


Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.


Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia- sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.


Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakan muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.


Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.


Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.


Sunday, December 20, 2009

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG...


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :


"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"


"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.


Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.


Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :


"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."


Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.


"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :


"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."


Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.


Wednesday, December 16, 2009

Azan Dan 3 Tandanya...


Assalamualaikum wbt. Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian?


Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya

:

1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:


1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:


1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.


OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.