Friday, October 23, 2009

SI PENGGUNTING RAMBUT..

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

KAWAN..



Bukan "1"
tapi bejuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......

FRIEND FOREVER..

Thursday, October 15, 2009

AL ALLAMAH AHMAD IBNU MUHAMMMAD AL- QASTOLANI R.A


NAMA BELIAU :


- Al –Imam Al Hafiz Syahabuddin Abu Abas Ahmad bin Abi Bakar bin Abdul Muluk bin Ahmad Al Qastolani Al Misri As Syafie Al Imam Hujjah Al Faqih Al Mukri’ Al Musnad.

- Beliau seorang ahli hadith dan Sejarah yang besar di mesir .


KELAHIRAN BELIAU :


- Di lahikan di Mesir pada 12 Zulkaedah tahun 851 H.

- Meembesar dengan menghafal Al-Quran dan sebahagian kitab-kitab karya ulama’-ulama’ muktabar termasuk kitab As Syatibiah.

- Telah beberapa kali menunaikan haji dan penah menetap di Mekah pada tahun 883 H serta sempat berguru dengan beberapa ulama’ di sana.


- Diantaranya ialah :


1 ) Syeikh Najru Ibn Fahd

2) Syeikh Kahlid Al Azhari

3) Syeikh As Salahawi

4) Syeikh Islam Zakaria Al Ansari


- Beliau merupakan seorang ulama’ dan Hafiz yang tiada tandingan.

- Beliau banyak melahirkan ulama’-ulama’ yang hebat.

- Beliau pernah mengajar dan memberi khutbah di Masjid Amru bin Al Ash


ANTARA KITAB-KITABNYA :


1) Al-‘ukud Al Saniah Fi Syarhi Al Muqaddimah Al Jazriah.

2) Syarah As Syathibiah.

3) Syarah ‘Ala Burdah Al Anwar Al Madiah.

4) Kitab lala’iful Isyarah.

5) Masalik Al Hunafa’ Fi Solat ‘Ala Mustafa SAW.

6) Al Mawahib Al Laduniah Bil minah Al Muhammadiah.


KEWAFATANNYA :


- Hari khamis 6 Muharram 923 H bersamaan 1517 Masihi.

- Di kebumikan di sebelah makom Badruddin Al Aini.

KERAMATNYA:


1. UBAT DARIPADA RASULULLAH SAW.

- Allamah Qastolani menceritakan beliau pernah mengalami sakit yang sangat kuat. Pelbagai doktor yang datang untuk mengubatinya, namun kesemuanya tidak berjaya dan berputus asa serta bimbang akan penyakit tersebut sangat bahaya.

- Maka beliau telah menderita sehingga beberapa tahun lamanya.

- Pada tahun 839 Hijrah Al Qastolani berada di Mekah, digunakan kesempatan itu untuk berdoa kepada ALLAH SWT dengan berwasilah kepada Rasulullah SAW agar penyakitnya di sembuhkan.

- Ketika tidur Al Qastolani bermimpi didatangi bayangan yang menjelma sebagai seorang lelaki membawa sehelai kertas dan diserahkan kepada beliau.

- Kertas itu tertulis “ Rasulullah SAW telah menyeruh agar ubat ini diberikan kepada Ahmad bin Qastolani “.

- Apabila terjaga dari tidurnya ternyata penyakit teruknya telah baik dan semuanya sembuh seperti biasa.

2.

- Diceritakan bahawa Al Qastolani pergi ke Madinah dan menziarahi makam Rasulullah SAW.

- Dalam perjalanan balik, tiba-tiba seorang pembantunya terlanggar dengan seekor kijang hingga terjatuh menyebabkan luka yang amat parah dan mengaduh kesakitan.

- Al Qastolani merasa sangat bimbang terhadap pembantunya kerana disitu sukar untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan.

- Maka tiada jalan lain melainkan berdoa kepada ALLAH dengan berwasilah kepada Rasulullah SAW .

- Ketika tidur, Al Qastolani bermimpi melihat seseorang bersama jin dan pembantu dengan rupa perbuatannya.

- Setelah terjaga dari tidur, Al Qastolani mendapati bahawa pembantu beliau telah sembuh dari kecederaannya yang serius itu.

Monday, October 12, 2009

NASIHAT UNTUK SEMUA


Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad, dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya – IBNU ABBAS..



WASIAT LUQMAN AL-HAKIM : – Wahai anakku!! Janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit… Ingatlah tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sakit….



CONTOH AKHLAK SUAMI

Suami idaman wanita
Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Jiwanya Penuh Dengan Penghayatan Terhadap Islam,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebajikan Kerana Sifatnya Yang Penyayang,
Yang Setiakawan Serta Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Suami idaman wanita
Adalah Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran,
Yang Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Suami idaman wanita
Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan,

Suami idaman wanita
Adalah Yang Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Idamannya,
Dan Dia Ingin Membawa Isteri Dan Anak-anaknya Bersama,
Menikmati Kehidupan Bahagia Yang Kekal Abadi,
Bersama Redha Maha Esa.

Itulah Lelaki Acuan Al-Qur'an
Bersama Wanita Acuan Al-Quran,
Serta Dialah suami Idaman Wanita Hari Ini Dan Selamanya

Wednesday, October 7, 2009

SEJARAH ILMU USUL FIQH

Syariat Islam yang datang kepada kita yang dasarnya ialah Al-Qur’an. Kemudian Al-Qur’an itu dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatannya. Perkataan dan perbuatan inilah yang disebut AS-Sunnah.

Sahabat-sahabat nabi dan para tabi’in sempurna pengetahuan mereka tentang bahasa Al-Qur’an, bahasa Arab, dan mengetahui pula sebab-sebab turunnya, rahsia-rahsia syariat dan tujuannnya. Pengetahuan ini disebabkan kerana pergaulan mereka dengan nabi s.a.w., di samping kecerdasan mereka sendiri. Karana itu mereka tidak memerlukan peraturan-peraturan dalam mengambil hukum (istinbat), sebagaimana mereka tidak perlu membuat kaedah-kaedah untuk mengetahui bahasa mereka sendiri ( Bahasa Arab).

Sesudah Islam meluas dan bahasa Arab sudah bergaul dengan bangsa-bangsa lain, maka dibuatlah peraturan-peraturan bahasa Arab. Selain untuk menjaga bahasa Arab sendiri sebagai bahasa Al-Qur’an, dari pengaruh-pengaruh bahasa lain, juga agar bahasa itu mudah dipelajari bangsa lain. Di samping itu, banyak peristiwa-peristiwa baru yang timbul dalam segala lapangan hidup dalam keadaan mencari dan menentukan hukum peristiwa-peristiwa tersebut.

Para ulama tersebut telah tersebar di negri-negri yang baru dan terpengaruh pula oleh lingkungan dan cara berfikir negeri itu yang berlainan satu sama lain. Karana itu masing-masing ulama’ dalam melakukan ijtihad dan mencari hukum menempuh jalannya sendiri-sendiri yang dipandangnya benar atau yang sesuai dengan jalan fikirannya. Keadaan ini sudah tentu menumbuhkan perbezaan pendapat, baik sebagai keputusan hakim mahupun sebagai fatwa, bukan saja antara satu negeri dengan yang lain, bahkan antara satu daerah dengan daerah lain dari suatu negeri.

Timbullah fikiran untuk membuat peraturan-peraturan dalam ijtihad dan pengambilan hukum, agar dengan peraturan-peraturan ini dapat diperoleh pendapat yang benar dan agar dapat diperbezakan jarak perbedaan-perbedaan tersebut.

Yang pertama membuat peraturan-peraturan tersebut adalah Imam Syafie (wafat 204 H) yang ditulisnya dalam kitab “Ar-Risalah”. Dalam kitab ini ia menceritakan tentang Qur’an, kedudukan hadis dan bermacam-macam, ijma’, qias, dan semua peraturan dikira hukum.

Usaha Imam Syafie ini merupakan batu permulaan Ilmu Usul Fiqh yang kemudian dilanjutkan pembahasannya oleh para ahli usul sesudahnya, sehingga menjadi banyak pembincangannya.

Para ulama’ usul membicangankan persoalan Usul Fiqh tidak selalu sama; baik tentang istilah-istilah mahupun tentang jalan pembicangannya. Karana itu, maka terdapat dua golongan iaitu:

1.Golongan ahli ilmu kalam atau mutakallimin.

2.Golongan Hanafiyyah.

Golongan pertama dalam pembahasannya selalu mengikut cara-cara yang lazim digunakan ilmu kalam, iaitu dengan menggunakan akal fikiran dan alasan-alasan yang kuat dalam meletakkan peraturan-peraturan, tanpa memperhatikan apakah peraturan-peraturan tadi sesuai dengan soal furu’ atau tidak. Jejak ini diikuti oleh sebagian ulama’ Syafi’iyyah dan Malikiyyah seperti:

1.Abu Hasan Muhammad bin Ali Al-Bashry As-Syafie (wafat 463 H) yang mengarang kitab “Al-Mu’tamad”.

2.Abu Ali Abdul malik bin Abdulloh An-Naisabury Al-Juwainy, terkenal dengan sebutan imam haromain (wafat 478 H). yang mengarang kitab “Al-Burhan Fi Usul al-fiqh” dan “Nadlomul Waraqat Fi Usul Al-Fiqh Li Al-Mubtadi’in”.

3.Abu Hamid Al-Ghazali As-syafie (wafat 505 H) yang mengarang kitab “Al-Mushtashfa Fi ‘ilm Al-Usul”

4.Abu Hasan Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Syaifuddin Al-Amudi (wafat 631 H) yang mengarang kitab “Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam”.

5.Abu Bakar Muhammad Al-baqillani (wafat 403 H/1013 M) yang mengarang kitab “At-Ta’rif Wa Al-Irsyad Fi Tartib Turuq Al-Ijtihad”

6.Fahruddin Muhammad bin Umar bin Husain Ar-Rozy (wafat 606 H) yang mengarang kitab “Al-Mahsul Fi Usul Al-Fiqh”.

Ulama-ulama yang datang setelah mereka, meringkaskan dari kitab-kitab itu dan kadang-kala mengemukakan pendapat mereka sendiri yang berbeza dengan pendapat para ulama’ tersebut. Di antara mereka ini adalah: Al-Baidlawy As-Syafi’ie (wafat 685 H) yang mengarang kitab “Al-Minhaj”.

Adapun golongan kedua, iaitu golongan Hanafiyyah, dalam pembicaraannya memperhatikan dan menyesuaikan peraturan-peraturan pokok dengan soal-soal furu’,sehingga mereka sebenarnya menentukan peraturan-peraturan pokok tersebut berdasarkan furu’ yang telah diterima dari imam-imam mereka. Apabila peraturan-peraturan pokok tadi bertentangan dengan soal-soal furu’, maka peraturan pokok tadi diubah demikian rupa sehingga sesuai dengan soal furu’.

Diantara ulama’ golongan Hanafiyyah adalah:

1.Abu Bakar Ahmad bin Ali Al-Jassas (wafat 370 H) yang mengarang kitab “Usul Wa Taqwim Al-Adillah”.

2.Fakhrul Islam Muhammad bin Ali Al-Bazdawi (wafat 483 H) yang mengarang kitab “Al-Usul”.

3.Abdullah bin Ahmad An-Nasafi (wafat 790 H) yang mengarang kitab “Al-Mannar”.

4.Al-Maturidi, yang mengarang kitab “Ma’akhiz As-Syara’i”.

5.Imam Abu Al-Hasan (wafat 340 H) yang mengarang kitab “Ar-Risalah Al-Karkhi Fi Al-Usul”.

Sesudah mereka semua, datanglah angkatan baru yang mempersatukan kedua aliran tersebut (aliran Mutakallimin dan Hanafiyyah).

Di antara mereka adalah:

1.Sadrus Syari’ah (wafat 747 H) yang mengarang kitab “Tanqih Al-Usul”.

2.Muzaffaruddin Ahmad bin Ali Al-Baklabaki yang popular dengan julukan Ibnu As-Sa’ati (wafat 694 H) yang mengarang kitab “Badi’ An-Nidzom”.

3.Kamal Ad-Din bin Hammam (wafat 861 H) yang mengarang kitab ”At-Tahrir”.44.

4.Shadrus Syari’ah As-Syafi’ie (wafat 747 H) yang mengarang kitab “At-Taudlih”.

5.Tajuddin bin As-Sabuki As-Syafi’ie (wafat 771 H) yang mengarang kitab “Jam’ul Jawami’”.

6.Muzaffaruddin Ahmad bin Ali Al-Baghdadi Al-Hanafi (wafat 694 H) yang mengarang kitab “Al-Ahkam”.

Ulama-ulama sesudah itu karyanya hanya terbatas dalam mensyarahkan kitab-kitab yang telah ada dan tidak ada pendapat yang memihak dari pihak mereka. Hal ini berlangsung sampai datang Qadli Muhammad bin Ali bin Muhammad As-Syaukani (wafat 1255 H) yang mengarang kitab “Irsyadul Fuhul Ila Tanqihulhaqqi Min Ilmil Usul”.

Dalam kitab ini dikemukakan dalil-dalil ulama mazhab yang berbeza-beza dan mentahqiqkan mana yang benar dan mentarjihkan (menguatkan mana yang lebih kuat menurut pendapatnya, tanpa menghiraukan apakah itu pendapat jumhur atau bukan. Dalam beberapa hal beliau tidak sependapat dengan jumhur, bahkan merasa hairan melihat dalil-dalil mereka yang lemah.

Sepeninggalan As-Syaukani (muridnya Sayyid Muhammad Siddiq Hasan Khan), Bahadur menyusun kitab ringkasan tersebut dengan nama “Hushulul Akmul Min Ilmil Usul”.

Selain kitab-kitab yang tersebut di atas banyak lagi kitab-kitab usul yang lain, seperti:

1.Tashihul Wushul ila Ilmil Usul karangan Syeikh Abdurrahman ‘iedul Mahlawi (wafat 1920 M).
2.Usul Al-Fiqh karangan Muhammad Al-Hudlari Biek (wafat 1927 M/1245 H).
3.Usul Al-Fiqh karangan Al-Ustadz Abdul Wahhab Khalaf .
4.Usul Al-Fiqh karangan Muhammad Abu Zahrah.
5.Usul At-Tasyri’ Al-Islami fi Thuruq Al-Istinbat karangan Al-Ustaz Ali Hasbullah.
6.Mabahits Al-Hukmi ‘Inda Al-Usuliyyun karangan Abdussalam Madzkur.
7.Al-Madkhal ila ilm Usul Al-fiqh karangan Dr. Muhammad Ma’ruf.
8.Al-fikr Al-Usuly karangan Abdul Wahhab Ibrahim Abu Sulaiman.
9.Usul Al-fiqh Al-islami karangan Dr. Wahbah Az-Zukhaily.
10.Al-Luma’ fi Usul Al-fiqh karangan Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf Al-Fairuz Abadi As-syirazi (wafat 476 H).
11.Al-Ma’alim fi Usul Al-fiqh karangan Muhammad bin Umar bin Husain Ar-Razi (wafat 606 H).

Kitab-kitab Usul fiqh yang berbahsa Indonesia.

12.Kelengkapan Dasa-dasar Fiqh karangan Prof. T. M. Hasbi As-Shiddiqie.
13.Pengantar Hukum-hukum Islam karangan Prof. T. M. Hasbi As-Shiddiqie.
14.Pokok-pokok Pengarangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum Islam karangan Prof. T. M. Hasbi As-Shiddiqie.
15.Usul fiqh karangan A. Hanafi M.A.
16.Usul fiqh Metodologi Hukum Islam karangan Prof. Drs. H. A. Djazuli dan Dr. C. Nurol Aen, M.A.
17.Usul fiqh karangan Dr. Zainal Abidin Ahmad.

Monday, October 5, 2009

ASAL KALIMAH TASAWWUF.

Terdapat banyak pendapat yang menyatakan tentang asal usul kalimah tasawuf, di antara mereka ada yang menyatakan : “ Kalimah tasawuf berasal dari kata as-suffah- kain dari bulu kerana ahli sufi bersama Allah taala itu adalah seperti sehelai bulu yang dilemparkan ke udara, ini kerana kepasrahannya kepada Allah taala “ .

Di antara mereka ada juga yang berpendapat dan menyatakan : “ Ianya berasal dari as-sifah – sifat kerana keseluruhannya mereka bersifat dengan siat2 yang terpuji dan meninggalkan sifat2 keji “ .

Ada juga dikalangan mereka menggatakan : “ Ia berasal dari as-sofa’ – jernih dan bersih sehinggakan Abu Al- Fath Al-Busti rahi mengatakan :

تنازع الناس في الصوفي واختلفوا ## وظنه البعض مشتقا من الصرف
ولست أمنح هذا الإسم غير فتى ## صفا فصوفي حتى سمي الصرفي

Manusia berbantah dan berselisih tentang sufi
Sesetengah menyangka ia berasal dari as-suf iaitu bulu.
Sedangkan tidak ku berikan nama ini kecuali kepada pemuda
Yang bersih hatinya lalu bertambah suci sehingga digelar sufi ( abid ).

والصبر نفسك مع اللذين يدعون ربهم

“ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredoannya..

Mereka adalah jemaah pertama daripada rijal-rijal tasawuf. Kehidupan mereka adalah pengabdian tulus ikhlas serta contoh teladan ulung yang menjadi halatuju tokoh2 tasawuf dalam semua zaman islam yang dilalui.

Dikatakan : “ Ia berasal dari as-sofwah – yang bersih suci lagi terpilih sebagaimana yang disebut oleh imam Al-Qusyairi “ .

Dikataka juga : “ Berasal dari as sof- barisan lurus seolah-olah mereka yang hati-hati mereka berada dalam saf yang pertama dari segi konsentrasi terhadap Allah Taala, begitu juga yang mendahului orang lain dalam seluruh ketaatan “ .

Dikalangan mereka juga ada yang berkata : “ Tasawuf dinisbahkan kepada pakaian bulu yang kasar kerana orang-orang sufi berkorban pakaian untuk hidup dalam kesusahan dan keserderhanaan “ .

Walau apapun yang diperkatakan, secara tegasnya tasawuf itu lebih masyhur daripada berhajat kepada kias lafzi dan juga kepada kata asal. Sesetengah manusia mengingkari lafaz ini kerana ianya tidak di dengar pada zaman sahabat dan juga tabien, maka ianya tidak boleh diterima. Sedangkan betapa banyak istilah-istilah yang diadakan selepas zaman sahabat dan terus digunapakai tanpa diingkari seperti nahu, feqh, mantik dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, bagi kita ibarat dan lafaz tidak sepenting hakikat dan asas. Apabila kami mengajak kepada tasawuf, kami qasadkan dengan perkara tersebut ialah penyucian jiwa, pembersihan dan memperbaiki akhlak demi sampai ke martabat Ihsan. Kami namakan perkara tersebut dengan nama tasawuf dan jika mahu, anda boleh menamakan dengan nama-nama lain seperti ilmu dari sudut rohani dalam islam atau ihsan atau akhlaqi atau namakanlah apa saja yang anda ingin asalkan ianya bertetapan dengan hakikat dan jauharnya. Tetapi Ulama’- ulama’ umat islam mewarisi nama tasawuf dan hakikatnya daripada golongan salaf sebelum mereka iaitu daaripada mursyidin semenjak permulaan Islam sehinggalah hari ini. Perkara ini telah menjadi uruf di sisi mereka.

Saturday, October 3, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyaAllah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang membacanya.

AMIEN......

MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat- Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke ana biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox ana.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah