Monday, August 31, 2009

Amalan bersahur digalak oleh Islam.

Amalan bersahur digalakkan oleh islam.Ini kerana bersahur adalah satu sunnah yang ditinggalkan nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya. Pada sahur itu terdapat keberkatannya tersendiri. Janganlah kita memandang remeh terhadap amalan bersahur ini kerana jika kita bersahur, bukan sahaja mendapat keberkatannya sahaja, malah disana juga kita akan mendapat pahala mengikut sunnah yang ditinggalkan nabi kepada kita.

Nabi s.a.w bersabda :
تسحروا فإن في السحور بركة


Maksudnya : Bersahurlah wahai sekelian umatku, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatannya tersendiri.
صحيح المسلم , المجلد الرابع

Bertepatan dengan hadis tersebut, marilah sama2 kita supaya tidak meninggalkan amalan bersahur ini. Ini kerana amalan bersahur juga dapat membantu tubuh badan kita menempuh puasa sepanjang terbitnya fajar hingga tenggelamnya. Marilah sama2 kita menghidupkan sunnah nabi kita. Bersahur tidak semestinya kita makan nasi 2 3 pinggan, makan sedikitpn dikira bersahur seperti sebiji kurma ataupn seteguk air. Klu nak makan banyakpn x ada apa2. (takut lapar tegah hari jer ),huhuhu.... Tetapi berpada2 laaa... jangan sampai memudaratkan diri plak.. X pasal2 dapat benda len..

AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK BAGI DIRI KITA.


Pilihlah pemakanan yang sewajarnya bagi tubuh badan kita. Janganlah kita memakan makanan yang berminyak dan berklastrol sahaja ( ikut nafsu semata) , sebaiknya kita amalkan juga dengan memakan makanan seperti ulam2 supaya dapat cover dgn makanan yang kita makan.. Makanan yang berklastrol bahaya bagi kesihatan kita jikalau diamalkan selalu, Sayangilah diri kita dan tubuh badan kita...

Contoh pemakanan .....



Gulai ayam ini yang dibuat sahabatku..
( yg tinggal di masjid walidain )

Haaa,seperti gulai kari ini.. kita sedia maklum kerana pada kari ini terdapat banyak klastrol dan berminyak.. Jadi apa salahnya kita sediakan lagi sepinggan ulam supaya dapat cover ngn pemakanan kita.. Contoh seperti gamba dibawah....


Wah,sedap betull..!!! Jangan sampai meleleh air liur lak..hahaha
Ini terung bakar,timun dan gergil yang diperahkan keatasnya air limau nipis.

Pilihlaa makanan yg patut bg diri kitaa. Jagalah kesihatan diri kita..Apa yang patut kita lakukan silakan, apa yang x patut kita sisihkan..Jangan ikutkan nafsu semata.. Pada nafsu bahaya menanti.. Fikir2kanlahh..

Sesal dulu bertepatan,
sesal kemudian tiada gunanya..


p/s : Ini sebahagian sahaja..yang len tu cari sendiri laaa...huhuhu.
Bg doctor2 taw ustaz2 tu, klu de salah tegur ler ekk,huhuhu

Friday, August 28, 2009

Kepulangan seorang pejuang ke Malaysia

Kesedihan melanda semula diri ini apabila salah seorang daripada sahabatku sudah menamatkan pengajiannya disini. Ana mengenalinya sudah sekian lamanya di pengajian tahfiz dahulu.. Kesedihan bukan bermaksud ape2, ini kerana kami sudah mengenali satu same lain. Bertemu kami hanya kerana allah dan berpisahnya jua kerananya.. Kepulangannya ke Malaysia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menegakkan kalimah ALLAH tertegak di muka bumi ini. Belajarnya kami disini bukannya hanya untuk mencari pekerjaan ataupun sebagainya semata2,tetapi beradanya kami disini semata2 hendak menyinarkan lagi keagungan ISLAM dimuka bumi ini. Islam adalah agama yg tertinggi dan tiada agama yg paling tinggi selain islam..

Berdasarkan hadis daripada NABI s.a.w :

الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه

Maksudnya : Agama islam adalah suatu agama yang tingga keagungannya, martabatnya, kehebatannya dan tiada agama lain yang paling gah dari agama islam ini..

Berbalik pula kepada kisah sahabat ku nie,namanya Mohd Syahid Bin Mohd Fauzan. Ana mengenalinya hanya 2 tahun di pengajian tahfiz itu. Kami disitu boleh dikatakan sebagai adik beradik kerana dengan suasana di situ dan bilangan pelajar disitu. Disitu ana dan dia mengenali diri masing2 dah disitu juga bermacam macam karenah, gelak tawa , kenagan pahit dan manis yang kami lalui x pernah lekang dari fikiranku.kalau nak diceritakan,memang xkan habis dengan ape kenangan y kami lalui.Disitu Ustaz yang mengajar kami x ubah seperti ayah sendiri kerana memang betul2 baik. Boleh ana katekan kalau di dalam kelas sebagai guru dan murid, tetapi bila diluar kelas boleh dikatekan sebagai seorang sahabat yang selalu mendampingi kami dikala susah dan senang.Kenanganku mungkin xakan hilang di dalam memori selamanya....


Inilah gambar yang diambil pada pagi sebelum syahid pulang ke Malaysia.
Diambil pada 7 ramadhan 1430 hijrah.


Utara Selatan jauhnya berbatu,
Tahfiz In-Pal titik bertemu,
Bersua di sini sekelumit waktu,
Agar ukhuwwah berkekalan selalu....

Menyambut ulang tahun kelahiran sahabatku...

Suasana menyambut ulang tahun kelahiran sahabatku bertukar kepada malam..Ini disebabkan kerana ianya berlaku dibulan ramadhan,hari keempat berpuasa bertarikhkan 26/8. Nama nya Khairul Najmi..Bersyukurlah kpd ilahi kerana sahabatku ini diberikan allah s.w.t umur yang panjang, mudah2an dikuatkan iman dan dimurahkan rezeki.Kami menyambut hari lahirnya di hayyu asyir di sebuah restoren disana.Bermulanya kami selepas menunaikan solat taraweh yang berimamkan sahabatku itu.Selepas selesai malakukan amalan yang dikhususkan pada bulan ramadhan ini, kami keluar dari rumah Serawak di hayyu asyir ke ghamik bersama sahabat lain lebih kurang 5 orang..sampainya di ghamik,kami memikirkan di manakah hala tuju kami??Dimanakan kami mahu Makan??maklumlaa,perut lapar dan ade orang nak belanjeee,suke laaaa,huhuhu..seorang sahabatku memberi cadangan pergi ke asyir. Lalu kami ke jalan besar untuk ke sana.kami menaiki trenko yg bertambangkan LE 0.50 seorang.. Sesampainya kami disana, kami terus menuju ke kedai jus buah2an untuk membasahkan tegkok dgn semua minum tamar hindi ( air asam jawa ).. berlepak laa kami di situ sebelum ke kedai makan..

kami menikmati minuman yg disajikan, Fuhhhh,best tul!!
tamar hindi katekan,hehe

Selesainya kami minum disitu, kami bersama2 berjalan di sekitar itu sambil2 melihat permandangan disitu sambil menghirup udara yang segar.x dilupakan juga kami mencari kedai makan yg sesuai untuk menjamu selera disitu.Dimana yaaaa??

Pemandangan di sebuah kedai menjual buah,sungguh meriah sekali..

Selepas penat berjalan,bertemulah kami sebuah kedai yang sesuai lalu kami singgah disitu..

Dikedai inilah kami singgah, ape lagi, firoh mashwi laa pilihan kami,huhuhu.

Sahabatku terus ke kaunter untuk menempah tempahan.kami berborak2 di meja makan sehingga sampai kepada kami hidangan yang di tempah tadi..

Inilah menu yang ditempah td,dah sampai.......

jom makan,dah x sabar niee,hehehe

Selesai makan,lalu pulangah kami ke rumah. Kire ape yg kami makan nie kire bersahur laa coz mase nie pn sudah menunjukkan jam 12 .30 malam.. Terima kasih laa buat sahabatku yg bernama Khairul Najmi nie kerana sanggup mengeluarkan duit untuk belanja kami..
Happy Birhtday For U ....hehehe




Wednesday, August 26, 2009

Muqaddimah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله و صحبه أجمعين

Ku Mulai Penulisan ini dengan kalimah yang mulia بسم الله الرحمن الرحيم agar ia disertai keberkatan dari Ilahi... Tiada yang ku pegang sebagai bukti, melainkan sabda Nabi kita :

كل أمر ذي بال لا بيدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع

Setiap perkara yang berfaedah tidak dimulai dengan Basmalah,
maka ianya kurang keberkatan...

Bersyukur kehadrat allah s.w.t kerana memberi kepada kita semua nikmat islam,iman dah ihsan. Dengan adanya nikmat ini kita dapat hidup dibumi allah s.w.t dengan tenang dan tenteram disamping dapat kita menghirup udara yang begitu nyaman sekali...Didalam muqaddimah ini ana mengucap setinggi2 kesyukuran yang tak terhingga sekali kepada allah s.w.t kerana memberi peluang kepada ana menulis sedikit sebanyak apa yang ana tahu untuk kita berkongsi bersama.Kita juga patut bersyukur kepada allah s.w.t kerana memberi kita semua bertemu dengan bulan yg begitu mulia sekali...bulan yang diberi nama RAMADHAN ....

Firman Allah s.w.t di dalam al-qurannul karim :

يأيها الذي كتب عليكم الصيام كما كتب عليكم الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Mafhumnya : Wahai orang2 yang beriman,DIFARDUKAN keatas kamu supaya
berpuasa (dibulan ramadhan) sebagaimana difardukan kepada umat2
yang terdahulu supaya kamu tergolong dikalangan orang2 yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w bersabda :

من قام رمضان ايمانا وحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya : Sesiapa yang menghidupkan ramadhannya ( qiamullail ) dengan penuh keimanan dan keinsafan akan diampunkan dosa2nya yg terdahulu..

Ayuh teman2ku sekelian, rebutlah peluang yg datang kepada kita.Gunakanlah masa dan peluang ini sebaik mungkin selagi umur kita masih ada.Kehadiran ramadhan adalah satu rahmat bagi kita semua.Kita tidak tahu lagi sama ada adakah kita akan jumpa dengan ramadhan yang akan datang.Ramadhan bulan yang mana dikhususkan bagi manusia melakukan amal kebaikan sebaik mungkin.Berpuasa, bertaraweh, bersedekah, berqiamullail, amalan yang berfaedah, berbuat baik sesama muslim dan selainnya patut kita pupuk didalam diri kita supaya bulan yg berkat dan penuh dengan rahmat ini tidak berlalu begitu sahaja.Ketahuilah bahawasanya diawal ramadhan dipenuhi dengan rahmat yang melimpah ruah,dipertengahan pula dipenuhi dengan segala jenis keampunan dari RABBUL IZZAH dan diakhirnya diberinya pelepasan dari azab api neraka.Kita patut berbangga dengan kelebihan dan keistimewaan yang allah berikan kepada kita semua.Keistemewaan ini patut kita rebut kerana kita selaku manusia x terlepas dari dosa dan selalu melakukan dosa. gunalah masa sebaik mungkin dan renung2kanlah...
ADAKAH KITA SUDAH MEMIKIR TENTANG HAL2 DEMIKIAN !!!??
pikir2kanlah dengan apa yg kita kita selalu lakukan.Bermuhasabahlah diri kita.jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya.Usah lagi kita membuang masa dan melakukan amalan2 yang x berfaedah..sama2lah kita berfikir apakah yg sudah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan yg sudah berlalu ini...

Firman allah s.w.t yang bermaksud :

BERIKANLAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BOLEH MEMBERI FAEDAH DAN MANFAAT BAGI SEKELIAN MANUSIA...

Usah kita melihat orang lain,tengoklah kepada diri sendiri.Perbaiki sedikit demi sedikit diri kita supaya mejadi orang baik dan lebih terbaik.. Ana mengharapkan dengan sedikit coretan yang x seberapa ini dapat membantu memberikan kita semangat supaya dapat mengubah diri kita dengan yang lebih terbaik. Majukanlah diri antum semua.. insyaAllah..

ما اصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسي